30 November, 2018

FITNAH TATI SKINCARE SAMAN 3 JUTA

FITNAH TATI SKINCARE SAMAN 3 JUTA

Setelah memenangi kes saman fitnah produk jenama Tati Skincare keatas seorang penulis blog, satu sidang media telah diadakan dihadiri kesemua 4 orang pengasas Tati Skincare Rahayu Abdul Halim, Maradina Najib, Norhayati Hasyima Muhammad dan Norasyikin Muhammad di Flora Terrace pada 29hb November 2018.



Menurut Puan Norasyikin Muhamad selaku salah seorang pengasas Tati Skincare, tujuan sidang media itu diadakan juga bagi memberi penjelasan atas fitnah berkaitan dengan produk Tati Skincare yang telah tular di social media. Sehubungan dengan adanya sidang media ini maka keyakinan penguna terhadap produk ini akan kembali pulih.


Sidang media bersama 4 pengasas Tati Skincare bersama peguam di Flora Terrace. Dari Kiri Tanti Rahayu Abdul Halim, Maradina Najib, Norhayati Hasyima Muhammad dan Norasyikin Muhammad. Turut kelihatan ialah Pengurus Operasi Tati Skincare, Shaiful Rizal dan peguam mereka, Md Faiez Md Suhaimi 

Menurut peguam syarikat Tati Skincare, En. Md Faiez Md Suhaimi turut memberitahu kepada media tindakan saman tersebut diambil oleh pihak anak guamnya setelah penulis blog berkenaan secara berterusan telah mengeluarkan artikel artikel berunsurkan fitnah terhadap produk keluaran Tati Skincare. Pihak Tati Skincare telah merujuk perkara ini kepada peguam sejak bulan Januari 2017 setelah mendapati adanya entri penulisan blog berunsur negatif di blog lekatlekit.com terhadap produk Tati Skincare.

Artikel negatif ini berterusan dari Januari 2017 hingga April 2017 dilaman blog serta akaun Facebook penulis tersebut . Penulisan perkara perkara yang tidak benar serta mengandungi ayat berunsur fitnah dalam penulisan serta komen tersebut sehingga pihak Tati Skincare mengambil keputusan untuk memfailkan saman fitnah kepada penulis blog tersebut (defenden), pada bulan May 2017”, menurut En. Md Faiez Md Suhaimi.

Setelah perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi Kota Bharu , keputusan pada 22 November 2018 sememangnya terdapat penulisan berunsurkan fitnah yang dibuat terhadap pengasas Tati Skincare, Puan Norhayati Hasyima Muhammad dan Norasyikin Muhammad. Antara perkara perkara yang berunsur fitnah yang dinyatakan adalah seperti :- 

  • Produk Tati Skincare adalah ‘produk timbang kilo’.
  • Pengasas Tati Skincare, Puan Norhayati Hasyima Muhammad telah pergi menunaikan umrah dengan sumber hasil jualan produk kosmetik yang merosakkan penguna.
  • Kesemua produk Tati Skincare adalah beracun dah tidak selamat digunakan.
  • Pengunaan gambar plaintif juga disiar dilaman sosial beserta dengan dengan penulisan yang mengandungi fitnah.


En. Md Faiez Md Suhaimi turut memberitahu bahawa bukan kesemua 11 produk Tati Skincare dimasukkan ke dalam senarai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai produk yang mengandungi bahan berbahaya sebaliknya hanya 2 produk dan produk tersebut telah pun ditarik balik dari penjualannya.


Justeru itu untuk pemberitahuan umum dan semua penguna produk Tati Skincare tidak perlu takut atau sangsi mengenai produk ini. Produk Tati Skincare adalah selamat untuk digunakan.

Tati Skincare telah mula dilancarkan dipasaran sejak tahun 2015 dan sehingga kini. Tati Skincare juga mengeluarkan 11 jenis produk, antaranya krim pemutih, gincu, maskara dan bedak kompak.

No comments:

Post a Comment

MAHATHIR THE JOURNEY