19 October, 2018

MALAM AMAL KEMANUSIAAN EYES2HEART SYRlACARE

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL KEMANUSIAAN EYES2HEART SYRlACARE 



Syria Care adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi di Seksyen 13 Shah Alam berhasrat membawa segenap lapisan masyarakat untuk menyempurnakan kehidupan kita di negara Malaysia ini dengan mengambil peduli terhadap nasib saudara kita di Syria dengan menganjurkan MAJLIS MAKAN MALAM AMAL KEMANUSIAAN EYES2HEART




Kemelut jiwa dan kemanusiaan yang berlaku di Syria semakin berleluasa. Ada di antara mereka dibunuh secara kejam, diseksa secara fizikal dan mental, tempat mereka dibedil dan diletupkan sesuka hati serta dibiarkan kebuluran tanpa pembelaan. Pasti kita semua tak sanggup biarkan saudara kita di sana terus di belengu dengan pelbagai ujian dan musibah.




Kini musim sejuk bakal tiba dan mereka tidak mampu membuat sebarang persediaan. Ia antara secebis kisah mangsa konflik di Syria. Tekanan demli tekanan mereka terpaksa lalui sejak lebih tujuh tahun laiu. Mereka sangat memerlukan bantuan kemanusian daripada kita. lnilah peluang dan ruang untuk kita semua membantu mereka di sana.


Program yang  turut diserikan lagi dengan penampilan personaliti dan selebriti tanah air seperti Kumpulan Nasyid Rabbani, Khai Bahar, Azhar Hilmi dan Adik Jay Nazif serta Suffian Amrin sebagai pengacara majlis.




Program yang akan diadakan pada 11 November 2018 (Ahad) bermula jam 8:00 malam 10:30 malam bertempat di Restoran Terapung D'Saji KL  Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan untuk Majlis Makan Malam ini nanti seperti berikut :-

PAKEJ PLATINUM ( untuk meja ) RM 5,000.00
PAKEJ EMAS ( untuk meja ) RM 3,000.00
PAKEJ PERAK ( untuk meja ) RM 1,500.00

Kerusi: RM500.00 , RM300.00 , RM150.00 

- Peluang bertemu artis dalam sesi ’Meet & Greet'
- Terhad kepada 50 meja sahaja.

Pembayaran untuk pembelian Pakej Makan Malam ini, hendaklah dibuat ke salah satu akaun bank Syria Care berikut:

1. CIMB Islamic: 8601 89 4560
2. Maybank lslamic: 5621 0665 3575
3. RHB lslamic: 2622 5000 021775
4. Affin lslamic: 1059 9004 0004

Untuk tempahan meja boleh menghubungi sekretariat jualan pakej makan malam amal ini iaitu,

En. Hafiz 017-5096112
En. Asyraf 019-4384937

Hasil kutipan jualan pakej meja dan kerusi akan disalur ke TABUNG KEMANUSIAAN SYRIA CARE

Mari kita sama-sama membantu pelarian Syria. Menyumbang sambil mendidik jiwa.

No comments:

Post a Comment

THE LAST ALTIMET SHOW