17 October, 2018

FREEDOM FESTIVAL

Freedom Festival, adalah sebuah perhimpunan untuk semua rakyat Malaysia bagi memupuk pepaduan dan keharmonian yang kita nikmati sebagai sebuah negara. Freedom Festival juga merupakan platform untuk persembahan muzik, pilihan makanan yang menarik dan pelbagai aktiviti lain untuk seluruh keluarga. 


Freedom Festival akan berlangsung pada 3 November 2018 di Bandar Malaysia. Acara ini akan bermula pada jam 10 pagi hingga lewat malam.

Festival ini akan menyediakan dua pentas utama yang akan mempersembahkan muzik terbaik yang ditawarkan oleh penggiat dan penyanyai Malaysia. 



Artis-artis terkemuka yang terlibat dalam festival ini adalah Yuna, Hujan, Dato Zainal Abidin, Hujan, Kugiran Masdo, Resh, Bittersweet. Aman RA, Salam Musik, Plague of Happiness, D] Blink, Pesawat, Mafidz dan Ryot Jones.








Festival ini juga merupakan platfom untuk mempromosikan bakat muda Malaysia agar mereka dapat berkomunikasi dengan masyarakat melalui seni dan budaya. 

Antara yang terdapat di festival ini ialah Bazaar produk tempatan, pesta makanan, pameran seni dan karya graffiti serta pameran pesawat udara. 

Pemilihan lokasi, Tetamu Kehormat dan NGO rasmi ' Tetamu Kehormat bagi acara ini adalah Dato Seri Wan Azizah binti Wan lsmail manakala Pertubuhan Prihatin Harapan insan merupakan NGO rasmi bagi Freedom Festival.

Bandar Malaysia, berada di lokasi yang unik serta mempunyai tarikan yang tidak dapat dinafikan. Bandar Malaysia juga mempunyai kemudahan udara yang merupakan pilihan untuk mengadakan acara tersebut. Lokasi ini menawarkan ruang yang luas, lokasi yang hebat serta banyak kemudahan yang mesra acara.

No comments:

Post a Comment