31 July, 2018

LUPAKAN DIA single kedua DIA BAND

DIA BAND adalah sebuah band yang berasal dari Johor. Diketuai oleh Fauzi selaku pengasas dan pemain dram. Memasuki tahun keenam penubuhan Dia Band sebagai sebuah band mereka  telah pun kini menghasilkan 2 buah lagu single. Lagu single pertama yang berjudul 'Mungkin' diterbitkan pada tahun 2016 dimana lagu tersebut telah pun dicipta sepenuhnya oleh composer Edry Abd Halim. 

LUPAKAN DIA single kedua DIA BAND - maestromediamy

Single kedua DIA BAND yang berjudul 'Lupakan Dia' kini baru diterbitkan pada tahun 2018 juga hasil ciptaan sepenuhnya oleh Komposer 'Edry Abd Halim' dengan muzik arrangement Dia Band sendiri dan dilancarkan pada 3 Mac 2018. Dia Band menetapkan konsep muzik pop/rock balada yang beralunkan lndo pop dengan elemen Melayu moden yang begitu mesra dalam kalangan pendengar tempatan untuk dipersembahkan didalam lagu-lagu Dia Band. 

LUPAKAN DIA single kedua DIA BAND - maestromediamyLUPAKAN DIA single kedua DIA BAND - maestromediamy


Dia Band telah ditubuhkan pada tahun 2012 yang dianggotai lima pencinta muzik terdiri daripada Rafie (gitaris), Eppy (keyboardist), Fauzi (dram), Isma (bassist) dan lzhan (vocal). Kumpulan ini merupakan artis pertama di bawah naungan Eizi Productions.


LUPAKAN DIA single kedua DIA BAND - maestromediamy



Dia Band dan Eizi Productions yang iuga merupakan sebuah syarikat Sound and light rental telah bekerjasama dengan 'lmpact Music & Entertainment’ sebagai Artis Management Unit yang menjaga segala gerakan Dia Band. Untuk . pembikinan MTV 'Lupakan Dia' kami juga telah bekerjasama dengan ikon pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha dalam penghasilan Muzik Video Dia Band. Selain berharap 'Lupakan Dia' menjadi batu loncatan bagi mereka memasuki industri hiburan tanah air secara mainstream untuk lebih dikenali. 'Lupakan Dia' secara rasminya dilancarkan pada 3 Mac 2018 di laman Youtube Eizi Productions.

No comments:

Post a Comment