25 July, 2018

BIG STAGE PERCATURAN BBNU

Program ‘Big Stage’ ialah sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti show yang mana menampilkan bakat bakat muda generasi baharu yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ atau ‘BBNU’ dalam kalangan penggiat industri seni tanah air. 

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy


Lebih menariknya dua ikon muzik tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih dikenali dengan nama ‘Datuk Siti’ dan Faizal Tahir telah dilantik sebagai Juri Tetap ‘Big Stage’. Semestinya dengan pengalaman dan kredibiliti mereka berdua ini sesungguhnya bukan mudah untuk melepasi paras nyanyian dan persembahan.

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy

Uniknya, format penjurian adalah terbahagi kepada dua bahagian yang mana nasib para bintang akan diadili berdasarkan pemarkahan oleh barisan juri profesional dan undian peminat secara online. 

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamyBIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy

Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi aplikasi Tik Tok. Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.


Melihat kepada keserasian dan reaksi positif yang diterima menerusi program realiti ‘Rockanova’ terbitan Astro Prima sebelum ini, Astro sekali lagi menggandingkan dua selebriti popular; Alif Satar dan Sherry Al Hadad untuk mengemudi pentas utama ‘Big Stage’ selaku Pengacara.

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy

Seramai 10 bintang ‘BBNU’ yang lima bintang lelaki dan lima bintang wanita bakal bersaing di pentas utama ‘Big Stage’ untuk selama lapan minggu pada musim yang pertama ini. Mereka adalah :-


ANDI BERNADEE
27, Kota Kinabalu, Sabah

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamyBIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy


SARAH SUHAIRI
18, Rawang, Selangor

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamyBIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy



SHAFIQ FARHAIN

24, Terengganu

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamyBIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy



WANI KAYRIE

18, Petaling Jaya, Selangor

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamyBIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy


ARIFF BAHRAN
20, Petaling Jaya, Selangor

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamyBIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy


SISSY IMANN
22, Kuala Lumpur

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamyBIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy


AFIEQ SYAZWAN
21, Kampung Jawa, Selangor

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamyBIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy


FARA HEZEL
22, Kuala Kubu Bharu, Selangor

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamyBIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy


TAJUL
20, Felda Sendayan, Negeri Sembilan

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamyBIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy


BABY SHIMA
25, Johor

BIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamyBIG STAGE BAKAL PERCATURAN BBNU - maestromediamy


Namanzee Harris
Ketua Strategi Kandungan & Inovasi Astro




“Persada seni hiburan sedang mengalami perubahan yang ketara secara global. Percaya dengan istilah ‘tiada yang baharu tiada yang lama’, Astro menyambut baik perkembangan lanskap seni yang menyaksikan dominasi luar biasa daripada kalangan ‘BBNU’ yang berlaku masa kini. Perubahan yang berlaku harus diambil sebagai penyuntik semangat agar kita berani merentas sempadan untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti yang relevan supaya tidak terus ketinggalan.

Justeru, Astro selaku peneraju kandungan utama ingin melakar inisiatif baharu dengan mempertemukan dunia digital dan dunia televisyen di pentas ‘Big Stage’ sebagai usaha bagi mencari pelapis seni generasi alaf baharu yang berilmu menerusi platform dan bimbingan yang disediakan. Kami mahu lahirkan penggiat seni yang mampu menghasilkan produk dengan nilai perdagangan yang tinggi dan mahir dengan strategi berkesan untuk terus memberi saingan yang membina agar kekal cemerlang.

Menerusi ‘Big Stage’, kami menyediakan platform kepada golongan ‘BBNU’ yang memiliki daya juang tinggi untuk membawa karya mereka yang selama ini cuma dipertontonkan menerusi alam maya ke alam realiti sebenar. ‘Big Stage’ memberi mereka kebebasan untuk mencari sisi kreatif yang tersendiri agar mampu melonjakkan nilai jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus membuktikan keberkesanan produk atau bakat yang mereka miliki, bukan sekadar tempelan untuk mengisi kuota industri yang berpaksikan trend semata-mata yang bersifat sementara.”




Rangkaian program ‘Big Stage’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro Go, Njoi Now dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Klip sedutan aktiviti perkembangan para bintang ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan harian ‘Studio’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10.55 malam bermula 30 Julai 2018. Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Studio’ pada setiap hari Ahad, jam 8.30 malam bermula 5 Ogos 2018.

Manakala konsert mingguan ‘Big Stage’ pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 5 Ogos 2018.

No comments:

Post a Comment

MAHATHIR THE JOURNEY