28 March, 2018

SIDANG MEDIA DYXY COSMETICS BERSAMA DIDIE ALIAS

Pada tarikh 28hb Mac, sekitar jam 3 ptg bertempat di Flora Terrace, 157, Persiaran Hampshire, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur. Satu sidang media telah diadakan oleh pihak pengurusan syarikat DYXY Cosmetics berkenaan isu viral yang dikeluarkan seorang individu akan permasalahan kulit di media sosial, isu permainan harga dan mencabut QR code pada produk DYXY Cosmetics.


Sidang media ini diketuai oleh En Shah Hafiz, Ketua Pegawai Operasi, DYXY Cosmetics, Pn Dyana Roslan, pengasas DYXY Cosmetics, Mummy Didie Alias, Pengerusi Lefest/Selebriti Popular Tanahair dan bersama beberapa pengedar barangan DYXY Cosmetics. Mengenai isu viral di media sosial berkenaan produk DYXY Cosmetics, pihak pengurusan hari ini memberitahu bahawa kenyataan dikeluarkan oleh individu tersebut adalah suatu kenyataan yang mengelirukan. lni kerana kenyataan yang dikeluarkan mengenai permasalah kulit adalah selepas penggunaan produk selepas tempoh 3 bulan penggunaannya. lndividu tersebut turut memberikan komen positif penggunaan produk sebelum ini. Oleh yang demikian, pihak syarikat DYXY Cosmetics memberitahu agar pengguna produk DYXY Cosmetics mengetahui cara-cara memakai kosmetik yang betui dan menegaskan bahawa produk DYXY Cosmetics bukanlah kit penjagaan muka.

Mummy Didie Alias, turut memberi kenyataan di mana beliau turut menyatakan kekecewaannya mengenai isu viral yang teriadi ini. Beliau memberitahu sebagai pengguna produk DYXY Cosmetics beliau tidak menghadapi sebarang pemasalahan sepanjang menggunakan produk dan menegaskan agar kenyataan virai yang diiihatnya di media sosial adalah tidak berasas.

Selain itu, En Shah Hafiz, selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat hari ini memberitahu bahawa pihak syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengedar yang didapati bersalah di dalam hal ini. Beliau turut menunjukkan senarai yang telah diten‘ma oleh pihak syarikat utk diambil tindakan undang-undang seiepas ini. Selain itu, Pn Dyana Roslan turut menunjukkan produk yg telah dicabut qr code yang telah diletakkan sebelum ini. Pihak syarikat memberi pesanan kepada semua pengguna produk DYXY Cosmetics membeli barangan yang mempunya QR code yang agar tidak mendapat sebarang permasalahan di masa akan datang dari segi kualiti dan memberi kesan di masa akan datang.

#maestromediamy #didiealias #dyxy #dyxycosmetics

No comments:

Post a Comment

THE LAST ALTIMET SHOW