26 January, 2018

YUNA & ADAM SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

Yuna kini telah sah menjadi isteri kepada Adam Sinclair yang merupakan adik kepada Ashraf Sinclair. Majlis Pernikahan yang diadakan pada 26hb Januari, 2018 telah berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang yang mana dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja. 


YUNA & ADAM SAH BERGELAR SUAMI ISTERI



YUNA & ADAM SAH BERGELAR SUAMI ISTERIYUNA & ADAM SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

YUNA & ADAM SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

Yuna dan Adam Sinclair bercadang ingin berbulan madu di Amerika Selatan memandangkan keindahan dan banyak tempat tempat yang menarik di sana. Menurut Yuna lagi , beliau tidak merancang untuk merahsiakan perkahwinan mereka tetapi dia inginkan privasi dalam hal hal peribadi. Yuna juga menyatakan akan terus menetap di Los Angeles.

YUNA & ADAM SAH BERGELAR SUAMI ISTERIhttps://maestromediamy.blogspot.my/2018/01/yuna-adam-sah-bergelar-suami-isteri.html


Kenyataan media dari pihak pengurusan YUNA ROOM RECORD 

Kami dengan rendah diri ingin mengumumkan Majlis Pernikahan antara Adam Yousof Bin Mohamed Sinclair dan Yunalis Bt. Dato’ Mat Zara’ai pada 26hb January 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong Pahang. Yuna yang berwalikan ayahandanya selamat diijabkabulkan dengan Adam dengan sekali lafaz. Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang telah menyempurnakan majlis pernikahan tersebut pada jam 7 petang. Pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran. Majlis Pernikahan Adam dan Yuna berjalan dengan lancar dan dihadiri 300 orang keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan United States. Kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.

📸  by : weddingsbyQay & Maestro Media MY
#adamxalis #yuna #yunalis

No comments:

Post a Comment

THE LAST ALTIMET SHOW