25 January, 2018

JIHAN MUSE SELAMAT MELAHIRKAN BABY BOY

Jihan Muse nama yang tidak asing lagi bagi semua di tanah air Malaysia , seorang pelawak , pelakon dan juga pengacara telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital DEMC, Shah Alam pada jam 10.15 malam tadi (25/01/2018) . Bayi seberat 3.85kg dilahirkan secara pembedahan. Mommy Jihan dan Putera nya dalam keadaan sihat. Jihan akan berehat sementara waktu selamat 2 bulan bagi memberikan tumpuan serta meluangkan masa sepenuhnya dengan keluarga.


JIHAN MUSE SELAMAT MELAHIRKAN BABY BOY - maestromediamy

Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak pengurusan Jihan .

Bismillahirahmannirahim

25 Januari - Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili Jihan Muse dan Ungku Hariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung mereka seberat 3.85kg pada jam 10.15pm sebentar tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam .

Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan Muse bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama 2 bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga. 

Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment