13 May, 2019

MOTHERS DAY IFTAR THE CALLA DAN FLORES KL

KUALA LUMPUR, 12 MEI 2019 Syarikat pengurus acara dan perancang perkahwinan The Calla dan fioris terkemuka Flores KL dengan kerjasama Hilton Kuala Lumpur (Hilton KL) meraikan 16 wanita dan 7 lelaki daripada Pusat Jagaan Sri Mesra (Mesra Home), Ampang daiam sebuah majlis istimewa berbuka puasa “Mother’s Day lftar” bersempena Hari Ibu yang dirai pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun.



Kesemua 16 wanita ini merupakan golongan warga emas berusia 60 ke atas dan belum mendirikan rumah tangga, apatah lagi merasai pengalaman menyambut Hari Ibu bersama insan bergelar cahaya mata. 


Menurut Pengarah Urusan The Calla & Flores KL, Nadia Nadzri yang bertindak selaku pengurus acara, selain memikirkan hal berkaitan perniagaan. mereka tidak ketinggalan melaksanakan aktiviti CSR dengan menghargai jasa dan pengorbanan wanita bergelar ibu kepada masyarakat khususnya di Malaysia.


Katanya, "Bagi menceriakan para pelanggan yang menyambut hari istimewa ini bersama insan tersayang, "Mother's Day Iftar" menjemput 16 wanita daripada Mesra Home agar mereka juga berpeluang merasai kemeriahannya bersamasama." 

Sementara itu, Pengarah Pemasaran & Operasi The Calla, Raihan Zubir berpendapat, majlis ini bukan hanya mengeratkan hubungan silaturrahim anak dan ibu, malah meraikan hari teristimewa bersama mereka yang kurang bernasib baik.





Menurut Raihan, "Selain menikmati juadah berbuka di hotel bertaraf 5 bintang dengan dekorasi indah daripada The Calla bernilai RM30,000, pengunjung bakal membawa pulang cenderahati bernilai RM500 dengan pembelian sepasang tiket “Mother’s Day lftar" yang dijual pada harga RM400. Sebahagian kutipan pula bakal disumbang kepada Mesra Home. Erti kata lain, mereka meraikan hari ibu dan berbuka sambil menderma."


"Uniknya, ia diserikan dengan kehadiran selebriti popular antaranya Anzalna Nasir dan ahli keluarga; Amyra Rosli, Ameera Zaini serta pereka Christy Ng dan penyanyi jemputan Billa Najmi dan Anis Aneesa," tambahnya lagi. 


Seiain The Calla, Flores KL dan Hilton KL, jenama lain yang turut terlibat dalam penganjuran “Mother’s Day lftar” ialah The Affiliates, Christy Ng. Ameera Zaini, Tiger Sugar, Argania, The Tapping Tapir, Inside Scoop, Pretty Suci, Faroz Cafe dan Temujanji. 

Hilton KL juga bakal menyajikan para tetamu dengan buffet bertemakan "Santapan DiRaja" bersempena kempen #JomMakanAtHilton sepanjang Ramadhan yang berharga bermula dari RM100 seorang. 

Hilton KL turut mengumumkan The Calla sebagai rakan kongsi strategik dengan menawarkan pakej lengkap perkahwinan “Love Is Cinta” untuk bakal raja sehari meraikan hari bahagia.

 

05 May, 2019

AS LEGACY OLEH ALIFF SYUKRI



Berpegang kepada moto 'Kejayaan Tanpa Batasan' jenama AS Legacy yang diasaskan oleh pasangan jutawan kosmetik No. 1 di Malaysia, Dato Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida sekali lagi mengorak langkah apabila mengeluarkan sendiri koleksi fesyen di bawah jenama yang sama.



Berkonsepkan indahnya raya, koleksi fesyen terbaru daripada AS Legacy dihasilkan mengikut trend semasa dan kehendak pasaran dengan kualiti tinggi tetapi dijual pada harga mampu milik. Koleksi Satin Amelia dihasilkan dengan konsep flora dan abstrak, penuh warna warni dengan kelembutan fabrik yang dikomposisikan khas untuk jenama AS Legacy, lengkap dengan bungkusan kotak istimewa sudah pastinya akan memikat pembeli dengan harga RM100.00 untuk 2 helai.

Bukan itu sahaja, buat julung kalinya AS Legacy mengeluarkan koleksi Bawal Swarovski buat gadis jelita yang inginkan kesederhanaan tetapi tampak mewah dengan kilauan Batu Swarovski. Pilihan warna gelap dan pastel sudah semestinya sesuai untuk digayakan ketika lebaran ini, dengan harga RM99.00 sehelai beserta bungkusan istimewa menjadikan koleksi Bawal Swarovski ini satu pilihan yang tepat.



Cantik berseri di hari raya, indah lagi jika menggayakan Telekung Nurshahida di pagi syawal. Rekaan ekslusif daripada Datin Seri NurShahida ini anggun dipakai dengan 3 pilihan warna renda yang direka khas oleh Dato Seri Aliff Syukri sendiri. Istimewanya Telekung Nurshahida ini, bentuk mukanya yang selesa amat mudah dipakai, material 'Japanese Cotton' yang lembut, sejuk dan selesa serta didatangkan dengan beg berenda, dijual pada harga RM129.00 satu set. 


Merubah persepsi masyarakat daripada hanya menjual jamu dan kosmetik, AS Legacy bukan sahaja menghasilkan koleksi fesyen wanita tetapi kali ini AS Legacy tampil dengan koleksi lelaki iaitu Kurta Aliff dan Kain Pelikat Syukri yang mudah digayakan di pagi raya. Kurta Aliff digayakan sedondon bersama si cilik, material "Cotton Silk" yang selesa dan sejuk dijual pada harga RM69.00 - RM 99.00 sehelai. Buat jejaka tampan yang gemarkan gaya yang simple dan mudah, Kain Pelita Syukri amat mudah digayakan, rekaan instant berpoket ini bakal menjadi pilihan lelaki bukan sahaja yang muda, malah yang berumur dijual dengan harga RM 120.00 sehelai.





DUTA PRODUK
Datuk Jalaluddin Hassan, Erra Fazira , Wany Hasrita dan Zarina Zainuddin

bersandarkan kepada pasaran yang luas dan permintaan yang tinggi, AS Legacy bukan sahaja mahu dikenali sebagai syarikat penjual kosmetik dan fesyen semata-mata, tetapi ingin dikenali sebagai jenama yang menjual pelbagai jenis keperluan di bawah satu bumbung yang sama. Maka dengan itu terhasil lah AS Beauty, AS Health, AS Kitchen dan ASL Cosmetics yang menjual pelbagai produk bagi memenuhi pasaran semasa. Produk sulung keempat-empat jenama di bawah AS Legacy ini bakal dikeluarkan pada bulan ini menampilkan duta-duta ternama seperti Dato Jalaludin Hassan, Zarina Zainuddin, Erra Fazira dan juga Wany Hasrita

Reflexology Magic Slipper di bawah AS health membantu melegakan kaki pengguna dengan rekaan batu sungai asli sangat sesuai untuk keguaan seharian dirumah. Rekabentuk baru hasil ilham Dato Seri Aliff Syukri ini dijual pada harga RM120.00 sepasang. 


AS Kitchen menampilkan Non-Stick Marble Soup Pot pelbagai saiz (RM130 - RM499), Aluminium Non-Stick Frying Pan pelbagai size (RM99 - RM 399) dan juga Magic Lunch Box pelbagai jenis 9rm45 - RM79) yang sudah pastinya akan menggembirakan hati mereka yang memasak.


Produk sulung AS Beauty pula dihasilkan dengan tujuan memudahkan urusan seharian tanpa perlu bergegas ke spa kecantikan. Magic Face 4 in 1 Beauty Massage Device membersih wajah secara semulajadi, melicinkan permukaan kulit dan pengguna akan merasai urutan professional dengan hanya RM125.00 sahaja. 


ASL Cosmetics sudah semestinya jenama yang ditunggu-tunggu oleh semua pengguna apabila menampilkan Erra Fazira dan Wany Hasrita sebagai duta bakal berada di pasaran pada bulan Jun nanti. Merangkumi 15 jenis produk kosmetik yang direka dan diformulasikan sendiri oleh Dato Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nurshahida sudah semestinya akan menjadi pilihan pengguna. Bakal dijual denngan harga mampu milik tetapi kualiti setaraf produk antarabangsa, ASL Cosmetics menjanjikan kelainan dan sudah semestinya akan melonjakkan imej AS Legacy sebagai produk online No. 1 di Malaysia yang bertaraf antarabangsa. 





Kejayaan AS Legacy menembusi pasaran Indonesia, Australia, Brunei dan Singapore tidak dapat disangkal lagi. Kehebatan Dato Seri Aliff Syukri menghasilkan jutawan muda seawal umur 23 tahun dalam masa 4 bulan sahaja, mendidik peniaga online dengan pendapatan puluhan ribu seawal umur 31 tahun bukan lagi omongan kosong. 

Diharapkan "KEJAYAAN TANPA BATASAN" ini akan membuka peluang perniagaan yang lebih luas, menjana pendapatan yang tidak pernah disangka-sangka dan paling penting berkongsi rezeki kejayaan dan rezeki bersama sama

29 April, 2019

TAMAR MILK SHAKE DAN SERUM BREAKOUT FARRA BEAUTY

TAMAR MILK SHAKE 
FARRA BEAUTY


Sempena kehadiran bulan ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi Farra Beauty telah melancarkan satu  produk terbaru mereka iaitu Tamar Milk Shake berserta dengan Serum Breakout .

Tamar Milk Shake yang berasaskan susu ini serta dicampurkan dengan buah tamar adalah amat sesuai untuk diminum dibulan puasa semasa tengah berpuasa. Tamar Milk shake ini sesuai untuk diambil ketika sahur yang mana sekurang kurangnya dapat mengenyangkan diwaktu siang hari.

Serum Breakout pula lebih pada kegunaan pada muka. Serum ni bertindak untuk menyerikan kulit, kulit berminyak dan pelbagai lagi keberkesanannya ( info boleh didapati di bawah )







Farra Beauty sudah berada di dalam pasaran sejak 2010. Bagi Produk Serum Breakout, produk ini hanya mengunakan bahan bahan semulajadi. Produk yang sudah mendapat sijil KKM serta melepasi ujian di makmal. Menurut Farra produk Serum Breakout tidak mempunyai merkuri dan selamat digunakan. Farra Beauty juga mengeluarkan produk Skin Care manakala bagi produk Serum Breakout & Tamar Milk Shake merupakan produk baru. 


Keterangan mengenai produk ini .



Kesemua produk dari Farra Beauty kini  sudah boleh dibeli secara online atau melalui stokis yang dilantik seluruh di Malaysia.

Bagi sesiapa yang mahu membeli produk terbaru dari Farra Beauty, antaranya Serum, Tamar Milk Shake boleh dapatkan secara online di Facebook & Instagram Farra Beauty