13 December, 2019

KEUNGGULAN TEMPATAN FEST UNIVERSE KEMBALI LAGI UNTUK KALI KE 7


TEMPATAN FEST UNIVERSE 2019 KINI KEMBALIKAN KEMERIAHAN UNTUK TAHUN KE-7.

Tempatan Fest Universe 2019 kini lebih meriah dengan kehadiran Unifi sebagai rakan strategik bagi penganjuran tahun ke 7 ini. Kerjasama dengan unifi ini merupakan sebahagian daripada gerakan #khabarbaik untuk menyemarakkan nilai positif di dalam hidup para pelanggan disamping memberikan lebih banyak nilai tambah kepada pengalaman pelanggan sepanjang mereka bersama Unifi. 



TEMPATAN FEST merupakan acara tahunan yang menghimpunkan jenama-jenama produk gaya hidup & kreatif hasil usaha belia tempatan sejak 2013. Dengan kehadiran Unifi sebagai rakan strategik, penganjuran kali ini pastinya lebih besar, lebih meriah dan lebih menyeluruh dari tahun-tahun sebelumnya. 


Diberi nama Tempatan Fest Universe 2019, acara kali ini membawa pendekatan yang lebih universal dan pendekatan yang memberi impak. Dijana kali pertama oleh Unifi, edisi kali akan lebih memperkasakan lagi para usahawan kreatif tempatan dalam pelbagai bidang seperti desain, muzik, fesyen dan budaya.




Tempatan Fest Universe 2019 akan terbahagi kepada 2 segmen utama

a. Tempatan Fest - 40 Jenama gaya hidup terbaik anak tempatan dipamer dan diperagakan untuk orang ramai membeli-belah. Banyak program jualan hujung tahun akan diadakan serta pengenalan produk-produk baru. 

b. Tempatan Stage - Tempatan Stage kali ini mendapat kerjasama Stoned & Co dalam urusan penganjuran dan pemilihan artis. Persembahan dua hari oleh artis-artis terbaik tempatan, dimana hari pertama akan membariskan band-band manakala hari kedua pula akan mementaskan artis artis Hip Hop terpilih Malaysia. 


Antara artis-artis yang akan membuat persembahan di hari pertama adalah Blues Gang, OAG, Salammusik, Koffin Kanser, Ramayan, SOG, Prasasti, Ramayan dan ramai lagi.

Manakala artis - artis yang akan membuat persembahan di hari kedua antaranya adalah Sonaone, Alif (Sleeq), K-Clique, Benzooloo, Flow Lounge dan ramai lagi.


Senarai penuh artis-artis yang akan membuat persembahan di Tempatan Stage kali ini boleh didapati dengan melayari laman Facebook dan Instagram Tempatan Fest di @tempatanfest. Tiada sebarang caj dikenakan untuk berkunjung di Tempatan Fest namun bagi mereka yang ingin menonton persembahan di Tempatan Stage perlu mendapatkan tiket yang dijual di laman web http://tempatanstage.ubertickets.my .

Selain dari aktiviti jualan jenama tempatan dan persembahan artis, terdapat juga pelbagai aktiviti lain seperti pertunjukan fesyen, pertandingan skateboard dan jualan makanan di sepanjang acara Tempatan Fest Universe 2019 berlangsung.



Bersempena kerjasama Unifi dalam mengkuasakan Tempatan Fest Universe 2019, pihak Unifi memperkenalkan tawaran istimewa bagi penggemar muzik dan konsert tempatan dibawah kempen #khabarbaik Unifi. Setiap langganan Pelan Pascabayar Unifi Mobile 99 pada harga istimewa RM59/sebulan akan mendapat satu (1) tiket konsert Tempatan Stage secara percuma. Promosi ditawarkan dalam jumlah yang terhad dan boleh dilanggan menerusi cawangan TM Point terpilih. Usahasama ini juga menunjukkan sokongan Unifi dalam membangunkan seni dan nilai keusahawanan dikalangan belia. 



No comments:

Post a Comment

TANDUS SKUAD PEMUSNAH