29 December, 2019

ASTRO THROWBAEK 2019 PENGIKTIRAFAN SEPANJANG TAHUN

ASTRO telah memeriahkan acara akhir tahun dengan mengadakan sebuah konsert. KONSERT THROWBAEK 2019 merupakan sebuah konsert yang telah disertai oleh artis artis tanahair serta luar negara . Dalam siri konsert ini juga telah diadakan beberapa anugerah yang mana anugerah ini untuk mereka yang telah memberikan impak sepanjang tahun 2019. 



Bagi menutup tirai tahun 2019, pihak Astro dengan berbesar hati membawakan ‘Konsert Throwbaek 2019’ yang dianjurkan sebagai tanda penghargaan dan ingatan terima kasih kepada para pelanggan yang setia sentiasa menyokong kejayaan Astro sepanjang tahun ini. ‘Konsert Throwbaek 2019’ terbuka kepada kesemua pelanggan Astro dan kemasukan adalah secara PERCUMA dan tertakluk kepada terma dan syarat.


Konsert ini juga bakal meraikan momen-momen manis untuk mengembalikan kenangan penonton terhadap kegemilangan variasi program-program terbaik merangkumi pelbagai genre yang diterbitkan oleh Astro sepanjang tahun 2019.

Antaranya termasuklah penganjuran program realiti seperti Gegar Vaganza, Big Stage, Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, anugerah pilihan penonton; Anugerah Meletop ERA (AME), barisan drama Melayu terhebat, barisan filem terlaris serta banyak lagi.

Selain ini, konsert ini juga turut mengiktiraf dan meraikan karya dan personaliti paling hit sepanjang tahun 2019 menerusi 14 buah kategori merangkumi industri seni hiburan, sukan, kemanusiaan serta banyak lagi. Pemilihan penerima untuk setiap penghargaan throwbaek adalah berdasarkan penjurian tertutup oleh barisan panel profesional yang dipilih oleh pihak Astro.







































































SENARAI PENERIMA ANUGERAH


‘Malaysian Sweetheart’ - SHWEETA SEKHON

‘Suara Bertaraf Dunia’ - UiTM KOIR

‘Bintang Baru Nak Up’ - BEN AMIR

‘KOL Baek’ - CIK B & SOFYANK

‘Filem Go International’ - UPIN IPIN

‘Video Pendek Baek’ - YOE PAREY, ASIF & SYAHMI

‘Unsung Hero’ - AZLAN SHAH

‘Lagu Paling Baek’ - DIDI & FRIENDS (Lagu: Mengantuk Mumia)

‘Band Baek 2019’ - EXIST REUNION

Uprising Composer’ - HAQIEM RUSLI

‘Gadis Mekar Sepanjang Tahun’ - MIRA FILZAH

‘Hero Kekar Sepanjang Tahun’ - HAIRUL AZREEN

‘Edisi Khas Throwbaek 2019’ - DR. AMALINA BAKRI

‘Ikon Throwbaek Abadi’ – DATO RAMLI MS

‘Throwbaek Most Wanted’ - NABIL, JIHAN & SHERRY AL HADAD

No comments:

Post a Comment

TANDUS SKUAD PEMUSNAH