04 October, 2019

HATTAN SEBAK DENGAN 5 OKTOBER

DATO HATTAN SEBAK DENGAN LAGU "5 OKTOBER".

4 OKTOBER 2019, Kuala Lumpur. Dato Hattan muncul kembali dengan single terbarunya yang berjudul ”5 Oktober". Kemunculan yang sememangnya amat sangat dinantikan oleh peminat-peminat. Kali terakhir Dato Hattan melancarkan album yang berjudul Indrawala pada 2010 yang mengandungi 5 buah lagu. 



Seperti yang sedia maklum, Dato Hattan yang popular sebagai penyanyi solo sejak tahun 1991. Beliau juga telah melahirkan deretan album-album yang mengandungi banyak lagu popular sepanjang zaman. Antara lagu-lagu beliau yang masih menjadi siulan sehingga kini ialah Memburu Rindu, Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Rindu Bertandang Lagi dan Rona-rona Cinta. Beliau juga turut mempopularkan loghat Negeri Sembilan menerusi lagu Biso Bonar.




Lagu "5 Oktober" merupakan single yang ditulis oleh Bob Lokman. Sebuah lagu yang mengisahkan tentang kerinduan Bob terhadap anak sulungnya yang bernama Mohd Adam. Mohd Adam yang telah meninggal dunia seusia remaja iaitu 25 tahun. Allahyarham Adam sangat rapat dengan Bob Lokman kerana dialah yang telah menjaga Bob semasa beliau sakit dan juga menguruskan perniagaan. 

Jasa dan pengorbanan Allahyarham Adam sangat dihargai oleh sahabat-sahabat yang menegenalinya. Semoga arwah Adam ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


Semasa sidang media ini Dato Hattan telah menyampaikan lagu "5 Oktober", Ketika Dato Hattan menyampaikan lagu ini beliau terlalu sebak sehingga tidak dapat meneruskan nyanyian nya. Lagu yang telah mengingatkan beliau kepada Adam walaupon Dato Hattan cuba untuk meneruskan sekali lagi nyanyian nya namun tidak berjaya kerana terasa sedih yang amat mendalam.





Jaybon adalah penerbit dan senilagu. "Sebagai penerbit, tujuan asal saya ingin menerbitkan single ini adalah kerana minat saya pada suara Hattan yang unik. Justeru itu, saya mencadangkan pada Hattan agar kami berdua berkolaborasi merakamkan sebuah single baru dan Hattan pun memberi idea supaya senikatanya ditulis oleh Bob Lokman. 

Saya mengenali Hattan sejak tahun 1989 lagi dan sebagai kawan, Hattan bersetuju untuk merakamkan projek single ini. Hattan memilih untuk merakamkan lagu "5 Oktober". Rakaman telah di buat di Singapura dan vokal di rakam di studio yang terletak di Kuala Lumpur", jelas Jaybon.




Single terbitan Rasakarya Publishing dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 4 OKTOBER 2019.

No comments:

Post a Comment

MAHATHIR THE JOURNEY