04 September, 2019

SUNDAY NIGHT LIVE BERSAMA WINGS DI HARD ROCK CAFE

SUNDAY NIGHT LIVE BERSAMA WINGS DI HARD ROCK CAFE.



Kuala Lumpur, 3 September 2019 - Pada sidang media yang bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur hari ini. HRC mengumumkan pelancaran Sunday Night Live (SNL) iaitu sebuah platform untuk artis artis tempatan tampil membuat persembahan di premises HRC yang ditetapkan pada setiap dua bulan. 



Sehubungan dengan perlancaran SNL, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur turut memberitahu bahawa inisiatif ini bakal memberi ruang untuk pengiat seni musik tempatan untuk membuat persembahan di premis mereka.


Bermula 6hb Oktober 2019, Kumpulan Lagenda Wings  bakal menjadi kumpulan pertama untuk tampil di SNL manakala selebihnya akan diumumkan pada masa akan datang. 

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur membuka pintu nya kepada orang ramai pada tahun 1991. Dengan menghidangkan makanan yang segar dan asli dari Amerika, disamping menyerikan lagi dengan hiburan secara live. HRC telah menjadi pilihan bagi artis tempatan dan luar negara untuk menghiburkan peminat mereka serta pengunjung



Menurut Ranjit Singh, Pengurus Besar "Sebagai sebuah restoran yang mempunyai jenama antarabangsa, kami di HRC sangat komited dalam menyokong serta mempromosikan artis tempatan di 'saturday night live' ini. Di Platform ini juga akan memperkenalkan artis artis  yang terkenal serta penampilan beberapa wajah baru bagi memberi peminat kesempatan untuk bersama artis kegemaran mereka. " 



Hard Rock Cafe Kuala Lumpur merancang untuk mengadakan persembahan SNL setiap dua bulan bermula Oktober 2019. HRC dilengkapi dengan teknologi audio dan pencahayaan yang terkini bagi membolehkan artis-artis ini berkarya sepenuhnya penghasilan  bunyi dan penataan cahaya bagi kepuasan peminat mereka. 



Tiket berharga RM100 seorang sudah boleh didapatkan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur atau Sayap-Sayap Wings menerusi hotline 0197082871 atau 0123735078.

No comments:

Post a Comment

MAHATHIR THE JOURNEY