03 September, 2019

PENJENAMAAN D'HERBS DAN DUTA TERBARU DIANA DANIELLE

SIDANG MEDIA PENJENAMAAN SEMULA D'HERBS DAN PENGENALAN DUTA BARU DIANA DANIELLE


SELASA, 3 SEPTEMBER 2019 , KUALA LUMPUR 
Selepas selama 12 tahun D'Herbs dikenali dengan hashtag TERLAJAK LARIS, kini jenama D'herbs memulakan langkah terbaru dengan melakukan perubahan yang akan mengekalkan jenama ini di peringkat Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. 


Pengasasnya, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memberitahu bahawa perubahan ini perlu dilakukan demi untuk membuktikan jenama D'herbs masih relevan dan kekal menjadi jenama kosmetik tempatan No. 1 di Malaysia.
 

Sehubungan dengan itu, D'herbs memilih Diana Danielle sebagai Duta Produk Jus Perawan yang merupakan salah satu daripada ’killer’ produk jenama D'herbs. Beliau yang dikenali sebagai pengguna bahan-bahan organik dan semulajadi amat bertepatan untuk diperkenalkan sebagai duta Jus Perawan yang menggunakan herba-herba asli 100% tanpa pengawet dan diyakini sejak 12 tahun yang lepas.


Kali ni, D'herbs akan memperkenalkan modul perniagaan yang baru dengan membuka peluang kepada stokis/pengedar untuk membuka outlet perniagaan di pusat membeli belah seluruh negara. Pembukaan outlet perniagaan di seluruh negara ini sudah semestinya akan memberikan impak branding yang lebih besar bagi sebuah jenama kosmetik tempatan. D'herbs bukan sahaja mensasarkan pengguna daripada golongan B40 seperti sebelumnya, tetapi diharapkan dengan penjenamaan semula jenama D'herbs ini dapat menarik minat golongan M40 dan T20. 

Penjenamaan semula jenama D’herbs ini menampilkan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan. Sebanyak 20 produk daripada jualan terbaik sepanjang 12 tahun berada di pasaran dijenamakan semula dengan beberapa formulasi terbaru supaya kualiti setiap produk dapat dipertingkatkan sejajar dengan keperluan semasa. 






No comments:

Post a Comment

MAHATHIR THE JOURNEY