29 September, 2019

KONSERT EXISTS REUNION MENCUIT KENANGAN LALU

Tanggal 28hb September 2019, Konsert Exists Reunion telah dilangsungkan di Stadium Melawati Shah Alam. Sebuah konsert yang telah mengabungkan kembali kesemua anggota asal dari mula sehingga ke saat ini. 

MAESTROMEDIAMY - KONSERT EXISTS REUNION

Konsert Exists Reunion anjuran Shiraz Projects ini telah berjaya menghimpunkan kesemua anggota asal Exists iaitu Mamat & Ezad ( Penyanyi ),  Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram). 

MAESTROMEDIAMY - KONSERT EXISTS REUNION

Sebuah konsert yang dinanti nanti kan setelah sekian lama tanpa bersama. Konsert yang mengubatkan kerinduan para peminat Exists dengan memainkan lagu lagu yang sentiasa diminati sejak dulu sehingga kini. 

MAESTROMEDIAMY - KONSERT EXISTS REUNION MAESTROMEDIAMY - KONSERT EXISTS REUNION

Konsert Exists Reunion ini berlangsung hampir tiga jam telah menyampaikan 24 lagu yang menaikan nama mereka sepanjang 28 tahun bergiat dan bergelar sebagai anak seni. 



Hampir seramai 4000 peminat datang untuk bersama mengimbau kembali saat saat mereka 'bersama' Exists sejak bermulanya karier mereka. Paparan lirik di skrin led juga turut membuatkan peminat senang untuk mengikuti sama menyanyi seperti di karaoke.




MAESTROMEDIAMY - KONSERT EXISTS REUNION

Single terbaru dari Exists bertajuk Tak Berakhir juga merupakan pemberian istimewa buat semua peminat mereka. Lagu yang dinyayikan bersama oleh Mamat dan Ezad.






MAESTROMEDIAMY - KONSERT EXISTS REUNION

MAESTROMEDIAMY - KONSERT EXISTS REUNION MAESTROMEDIAMY - KONSERT EXISTS REUNION



MAESTROMEDIAMY - KONSERT EXISTS REUNION














1 comment:

MAHATHIR THE JOURNEY