24 September, 2019

GEGAR VAGANZA MUSIM KE-6 MEMPERKENALKAN SENARAI PESERTA

Gegar Vaganza musim terbaru iaitu musim ke-6 telah pun memperkenalkan barisan senarai peserta peserta yang bakal bersaing. Nama nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan serta memiliki kekuatan vokal yang tersendiri.


Menjawab pertanyaan ramai, nama yang akan bersaingan untuk GV6 kali ini adalah Wann, Sham Visa, Noorshila Amin, Naqiu (Boboy), Ameer (Sofazr) dan Hady Mirza , Mazleela, Feeza, Nur Fatimah, bintang legenda Roy yang popular dengan lagu Ratnaku serta Jatt Ali dari kumpulan Black Dog Bone. Dua kumpulan iaitu Kool (Hairie & Riot) serta One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae dan Sabhi Saddi).



Untuk Gegar Vaganza musim ke-6 ini pengacara yang sama iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad masih menjadi pasangan bersama manakala bagi Juri tetap musim kali ini juga turut mengekalkan Datuk Ramli MS bersama digandingkan kembali iaitu penyanyi popular dari Indonesia, Hetty Koes Endang.


Selepas lebih 6 tahun bersiaran, ‘Gegar Vaganza’ dilihat sebagai bukan sekadar program hiburan semata-mata. Kami di bahagian produksi mengangkat ‘GV’ ini sebagai satu ekosistem yang menghubungkan penyanyi khususnya pemain ‘senior’ baik dari Malaysia mahupun negara-negara serantau seperti Singapura, Indonesia dan Brunei dengan pentas komersial arus perdana pada hari ini yang rata-ratanya didominasikan oleh golongan muda dan millennial. 

Tidak dinafikan, ‘trend’ atau aliran arah persada seni pada hari ini mendambakan sesuatu yang lebih moden dan segar. Walaupun barisan penyanyi yang kami tampilkan di pentas ‘GV’ dari musim ke musim adalah terdiri dari mereka yang rata-ratanya berusia atau ‘lebih berpengalaman’, kami yakin, jika diberikan peluang untuk kembali beraksi di platform yang bertepatan, mereka boleh membuat ‘comeback’ dan akan diraikan semula oleh audiens industri. 

Justeru, tidak hairan jika barisan peserta yang terpilih untuk bertanding di pentas ‘GV’ begitu bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan kembali kehebatan vokal dan persembahan mereka yang mungkin sudah lama tidak dipertontonkan demi memenangi hati juri dan juga penonton. Kami percaya, kerinduan anda semua akan terubat sebaik sahaja mengetahui nama-nama di sebalik ‘GV’ musim keenam ini. 

Turut tidak dinafikan, platform ‘GV’ juga dijadikan batu loncatan kepada barisan artis yang menyertainya sebagai satu lagi cabang rezeki mereka dalam meniti kehidupan seharian. Menerusi ‘GV’, mereka kembali dikenali, nostalgia lama terutamanya menerusi lagu-lagu ‘one hit wonder’ suatu masa dahulu membuatkan mereka diingati semula dan dihujani jemputan dari banyak penjuru untuk mengadakan persembahan dalam pelbagai skala. Kami merasakan bahawa ini merupakan salah satu bentuk sumbangan kami kepada industri, dengan meraikan penyanyi ‘senior’ tanah air khususnya, agar kembali diingati dan pada masa yang sama turut diperkenalkan seterusnya dijadikan contoh kepada generasi baharu. 

‘Gegar Vaganza’ terus kekal menjadi sebuah jenama kukuh di persada seni. Ia membentuk satu linkungan ekosistem yang saling memerlukan di antara beberapa pemain utama industri seperti kami di Astro sebagai penganjur dan penyiar rasmi, barisan artis berpengalaman sebagai peserta, pihak penaja sebagai tulang belakang dan yang paling utama, peminat sebagai penyokong setia. Menerusi gabungan ini, ‘Gegar Vaganza’ musim terbaharu sekali lagi berjaya direalisasikan dan bersedia untuk menemui anda mulai Oktober ini. Kami yakin, revolusi ‘GV’ akan kembali mencetuskan sebuah fenomena hebat. Justeru, teruskan menonton!”

Sessi memperkenalkan serta memperdengarkan nyanyian dari peserta peserta yang bakal mengegarkan malam ahad anda jam 9 malam.








Feeza, Jatt Ali & Nur Fatimah

Naqiu (Boboy), Sham Visa & Mazleela

One Nation Emcees 
(Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae & Sabhi Saddi )

Kool (Hairie & Riot) , Ameer (Sofazr) & Hady Mirza

Noorshila Amin & Wann



Juara ‘GV6’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM30 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM20 ribu, RM15 ribu dan RM10 ribu beserta trofi.

GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO setiap Ahad pukul 9 malam.

#maestromediamy #GegarVaganza2019 #KembaliBerontakDalamRentak

No comments:

Post a Comment

MAHATHIR THE JOURNEY