06 August, 2019

SINGAPURA MALAYSIA CELEBRITY CUP 2019


SINGAPURA MALAYSIA CELEBRITY CUP 2019 ANTARA BEKAS PEMAIN KEBANGSAAN SINGAPURA MENENTANG MALAYSIAN ARTISTE SPORTS CLUB (MASC)



Buat julurg-julung kalinya, pihak Boss Productions Pte Ltd bakal mengadakan perlawanan bola sepak bagi merebut Singapore Malaysia Celebrity Cup 2019 pada 5hb Oktober 2019 bertempat di Stadium Jalan Besar, Singapura. Satu perlawanan yang bakal menemukan antara pasukan bekas-bekas pemain bola kebangsaan Singapura menentang pasukan artis-artis Malaysian Artiste Sports Club (MASC). Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara Malaysia dan Singapura.


Sidang media yang telah diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada petang ini adalah untuk mewar-warkan acara ini. Di antara bekas pemain kebangsaan Singapura yang akan bermain pada perlawanan tersebut adalah Fandi Ahmad, Malek Awab, Yazid Yasin, Samad Allapitchay, Ho Kwang Hock dan Wong Sang Chuang ( Richard ). Manakala bagi pasukan MASC pula, artis atau selebriti yang bakal bermain adalah Syed Aiman, Tomok, Yasin Senario, Nik Shqu (Melodi TV3 ) dan ramai lagi. Acara ini juga bakal di hiburkan lagi dengan dua artis jemputan iaitu Izzue Islam dan Andi Bemadee.





Selain daripada perlawanan bola sepak ini, terdapat juga acara-acara lain untuk para penonton seperti mini showcase, lucky draw bagi pemegang tiket dan cabaran sepakan penalti. 



Acara ini dibawakan oleh Boss Productions Pte Ltd dan Naza Holdings.Ia juga mendapat sokongan dari Impact Music & Entertainment, Ria 89.7 fm, Warna 94.2 fm, Selebriti Online, FAS, MASC dan Perkamus.

No comments:

Post a Comment