08 August, 2019

‘PAWANA ISABELLA’ KE PENTAS ISTANA BUDAYA


Untuk julung kali nya seorang Pengarah dan pelakon hebat prolifik Erma Fatima akan menyinari pentas Istana Budaya dengan hasil karya teater terbarunya yang berjudul ‘Pawana Isabella', Ogos ini. 

Sebuah teater yang bakal menampilkan 11 hari persembahan. Teater bangsawan Malayu ‘Pawana Isabella' akan menemui peminat teater bermula pada 21 Ogos hingga 31 Ogos 2019 dl pentas Panggung Sari, Istana Budaya.







Sebuah teater yang menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti: 

Syafiq Kyle (Raja Al-Hasiq Ghibran/Raja Malayu) , Janna Nick (Permaisuri Isabella) , Dato' Afdlin Shauki (Raja Barouk) , Azar Azmi (Permaisuri Tishaku) , Dato’ Ziela Jalil (Lumi) , Datin Paduka Umie Aida (orang gila) , Ozlynn Waty (Inang Merong) , Johan Raja Lawak (Tabib Fusui) Shahronizam (Sutan) , Jay lswazir (Begok) , Anas Ridzuan (Bantan) ,  Halmy AF (Juru) , Naim Shamsol (Pembesar Malayu) , Faez Malek.





"Cinta musnah dihembus Pawana" Keinginan menghancurkan manusia... " 

Bangsanya adalah nadi kepada Malayu Aksara , Jantung kepada bumi Malayu Aksara yang elok bagai pelangi mendekorasi laut dan Bimasakti. Keragaman satwanya dari harimau Aksara hingga si cantik cendrawasih. Kesuburan tanahnya tak terhingga. Hasil tambang tak terkira. Hasil pertanian yang melimpah ruah.. Hasil laut yang tak akan punah… Kesejahteraan hidup rakyat Malayu Aksara adalah paksi terpenting untuk pembangunan Malayu Aksara. 

Raja Al Hasiq Ghibran melindungi segenap rakyat baginda demi untuk kesejahteraan rakyat. Baginda mencerdaskan kehidupan bangsa Malayu Aksara dan ikut melaksanakan ketertiban dunia yang berdasarkan kemerdekaan, perdamaian abadi dan keadilan sosial dengan saksama yang berpaut pada tali Allah. 

Malangnya rakyat Malayu Aksara ketika ini adalah kedaulatan yang dipingggirkan oleh keserakahankeserakahan rakyat Barouk yang berada disini. Mereka luluh lantakkan tanah Malayu Aksara. Mereka cincang gunung-gunung Malayu Aksara dan mereka ragut bukan sahaja hutan-hutannya tetapi tanah pusaka dan adat budaya Malayu Aksara turut diratah-ratahnya. Rakyat Malayu Aksara menjadi bangsa yang malas dan hanya berharap pada kemudahan semata-mata. 

Permaisuri Tishaku dari kerajaan Barouk begitu lahap mengisi bumi Malayu Aksara dengan berbagai strategi untuk menjajah Malayu Aksara. Dia berjaya memecahbelahkan rakyat dan pembesar bumi keramat Malayu Aksara ini. Namun mengaumnya singa Barouk tidak sama sekali menggentarkan Raja Malayu Aksara. Baginda sedih dan kecewa dengan bangsa Malayu Aksara yang masih tidur nyenyak di ulit mimpi kemuliaan yang merobek jiwa baginda. Selama mana Raja mahu menjunjung lena bangsa nya? Selama mana juga Raja mahu membelai manjanya Malayu Aksara? Selama mana agaknya Raja harus menyuapkan butir demi butir nasi ke mulut bangsa nya yang tidak ada cukupnya. Lahapnya Permaisuri Tishaku hendak menawan Malayu Aksara semakin menjadi-jadi. 

NAMUN diamnya bangsa Malayu penuh bijaksana. Kedaulatan Raja keramat kepada bumi Malayu Aksara. Jangan cuba-cuba mendustakan Daulat yang dijunjung oleh bangsa Malayu Aksara!


Jualan tiket sudah mula dijual dan boleh didapati di www.istanabudaya.gov.my atau terus ke kaunter ‘Box Office’ Istana Budaya.



No comments:

Post a Comment