22 August, 2019

KOTEX EDISI TERHAD BATIK

TUALA WANITA BERTEMU FESYEN MELALUI KOLEKSI BATIK KOTEX DI MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR 


KUALA lUMPUR, 22 OGOS 2019 Koleksi Batik Kotex telah tampil di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur hari ini, dengan reka bentuk serta motif batik yang unggul dan berwarna-warni. Kotex memartabatkan artisan-artisan wanita dari Batik Boutique dan bintang fesyen baharu, Seza Zulkeple untuk menampilkan koleksi kreatif di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2019.


  

Turut hadir memeriahkan lagi pertunjukan fasyen ini ialah tetamu khas, YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Koleksi Batik Kotex telah membawa unsur baharu ke KLFW 2019 ini dengan memaparkan jenama penjagaan wanita yang terkemuka seperti Kotex di pentas peragaan MALAYSIA buat julung kalinya. 

Dengan sokongan Kotex, koleksi tersebut menampilkan cetakan batik moden yang dihasilkan oleh artisan-artisan wanita di Batik Boutique, iaitu sebuah perusahaan yang memberi tumpuan untuk meningkatkan kemahiran golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Cetakan batik moden ini telah direalisasikan pada koleksi pereka bintang fesyen tanah air baru, Seza Zulkepie.


Cetakan batik ini pertama kalinya mencuri perhatian khalayak ramai dengan bungkusan Batik Edisi Terhad Kotex yang dilancarkan pada Julai tahun ini. Ia telah disuntik secara kreatif ke dalam bungkusan Kotex dengan gabungan bentuk, fungsi dan fesyen. Batik Edisi Terhad Kotex berpegang teguh kepada matlamat murni pergerakan global Kotex #SHECAN untuk memperkasa wanita muda. 

Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark, Frenissa Lagman berkata, Kotex komited memacu perubahan masyarakat di seluruh dunia bagi membantu wanita muda menangkis persepsi-persepsi yang ketinggalan zaman, di samping mengalakkan mereka untuk meraih kejayaan. Kerjasama dengan Batik Boutique dan KLFW merupakan hasil positif inisiatif Kotex #SHECAN di Maiaysia, seiain menyediakan satu lagi platform bagi menyokong tradisi rekaan batik yang menjadi kebanggaan kepada anak Malaysia.



"Kami berbesar hati untuk menampilkan Koleksi Batik Kotex di Minggu Fesyen Kuala Lumpur. Kerjasama antara Kotex dengan artisan-artisan di Batik Boutique untuk mempamerkan hasil karya mereka kepada pengguna Kotex telah membuahkan hasil besar dengan penglibatan Kotex dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur," kata Frenissa.









"Melalui Seza Zulkeple, kami menyaksikan antara pereka fesyen yang pallng berpotensi di Malaysia. Kami berbesar hati untuk menyokong implan beliau, yang turut membanggakan kita semua dengan rekaan menakjubkan. Rekaan bellau Menunjukkan masih befopcl relevan batik kepada fesyen hari ini secara kotemporari, dan juga berjaya menzahirkan intipati batik moden, serta Mempamerkan cetakan batik Kotex dalam satu koleksi yang mtnimalls, menarlk perhatian serta 'bold'. Artisan-artisan dari Batik Boutique dan Seza Zulkeple telah menonjolkan semangat #SHECAN, lantas menjadi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia, bahawa mereka juga boleh mencapai apa jua kejayaan yang diidamkan."

Koleksi Batik Kotex menampilkan 15 koleksi sedia pakai yang menerapkan blok warna yang terang serta cetakan batik Kotex© untuk wanita kontemporari bergaya. "la seakan-akan wanita menyokong sesama diri! Wanita harus bercita-cita besar dan mengejar impian mereka. Namun, dalam setiap perjalanan, kita juga perlu memberi sokongan antara satu sama lain untuk merealisasikan impian masing masing," kata Seza Zulkeple. Terang beliau lagi, blok warna serta motif batik dalam koleksi ini mencerminkan visinya untuk memperkasa wanita. 

"Saya sangat meminati batik serta warna-warna terang dan menerapkan unsurunsur positif ke dalam rekaan saya. Justeru, saya sangat teruja apabila dlberlkan peluang keemasan untuk bekerjasama dengan Kotex untuk koleksi ini yang berasaskan misi memperkasa wanita, di samping menampilkan rekaan balik oleh artisan-artisan wanita di Batik Boutique." 


Acara ini bertambah istimewa apabila artisan-artisan dari Batik Boutique turut hadir untuk menyaksikan rekaan batik masing-masing. Menurut pengasas Batik Boutique, Amy Blair, senyuman terukir pada wajah wanita-wanita tersebut, yang bangga melihatkan hasil karya kreatif mereka dipersembahkan di pentas peragaan. 

Kata beliau, artisan-artisan di Balik Boutique telah mengerah kudrat bagi menyara diri dan keluarga dengan menghasilkan fesyen serta cenderahati yang cantik lagi berkualiti. "Kerana Kotex, kini ramai orang boleh menghayati kreativiti wanita wanta yang berkerja di belakang tabir yang telah menghasilkan corak dan centokon batik ini." 

Pek Batik Edisi Terhad Kotex masih boleh didapati di kedai-kedoi. Setiap bungkus edisi ini didatangkan dengan satu beg kantung eksklusif untuk digayakan dengan apa jua pakaian.

No comments:

Post a Comment