07 August, 2019

EYLIA GUNTABID PEMENANG 5 PINGAT DI WCOPA 2019


Eylia Eyre Guntabid, gadis Sabah yang berusia 17 tahun telah mengharumkan nama Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2019 di Long Beach, California, Amerika Syarikat.

Ini meruapkan pencapaian terbesar buat Eylia, dimana beliau memenangi 4 Pingat Emas, 4 Plaque Emas dan 1 Pingat Perak bagi pertandingan bahagian vocal dalam pelbagai kategori.


WCOPA , sebuah acara tahunan yang dilihat sebagai ‘Olimpik Seni Persembahan’ ini telah berlangsung pada bulan Julai yang lalu. Eylia adalah salah seorang dari 6 peserta yang terpilih mewakili Kontijen Malaysia.


Eylia mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian pada umur 11 tahun. Beliau menyertai pelbagai pertandingan nyanyian kecil-kecilan di Sabah. Pada tahun 2016, Beliau kemudian memberanikan diri untuk menyertai ujibakat Program Realiti Kanak-Kanak Ceria Popstar ketika berusia 14 tahun dan berjaya mara hingga ke peringkat Separuh Akhir.

Bakat beliau berjaya menarik perhatian Komposer Asmin Mudin (Kau Ilhamku, Gemilang), sewaktu menyertai Sugandoi Keamaatan 2019 dimana Eliya berjaya muncul sebagai Naib Johan. Segandoi Keamaatan adalah sebuah pertandingan nyanyian sempena Pesta Keamaatan yang dianjurkan setiap tahun.


Melalui Asmin Mudin, bakat Eylia diperkenalkan kepada pihak Broadway Entertainment dan pada awal Julai yang lalu, pihak Broadway Entertainment yang diwakili Penerbit dan Pengasasnya, Boon Tan, telah pergi ke Kota Kinabalu untuk menawarkan kontrak sebagai Artis Rakaman dan ianya dimeterai dalam sebuah majlis ringkas seminggu sebelum Eylia berlepas ke WCOPA.


Ini adalah antara rancangan-rancangan dari Broadway Entertainment yang kembali aktif pada dalam industri muzik tahun ini setelah hampir 15 tahun 'berehat' dari sebarang kegiatan dalam industri muzik. Pelancaran semula Broadway Entertainment didalam industri muzik ini turut melihat penglibatan semula Dato Aziz Bakar ke dalam industri muzik bersama Boon Tan dan pasukan Broadway Entertainment.


Sabah antara negeri yang menjadi fokus buat Broadway Entertainment dalam mencungkil dan membawa bakat nyanyian dari sana ke peringkat yang lebih jauh. Kami percaya terdapat ramai bakat-bakat muzik dari Sabah yang masih belum mendapat peluang untuk dibawa ke peringkat yang lebih besar.

Adalah menjadi sasaran pihak Broadway Entertainment, dengan kerjasama pihak Sugandoi Artist Management kelolaan Asmin Mudin untuk mengenal pasti bakat-bakat muzik dari Sabah yang boleh diketenegahkan ke peringkat yang lebih jauh.



Setakat ini, dua penyanyi Sabah telah di pilih menandatangani kontrak untuk bersama Broadway Entertainment. Pihak Broadway Entertainment juga turut mengenalpasti beberapa bakat baru dalam ciptaan lagu dan juga penulisan lirik.

Selain Eylia, Broadway Entertainment telah menawarkan kontrak kepada 3 penyanyi baru sebagai artis rakaman naungan Broadway Entertainment. Semua artis kini dalam proses produksi rakaman lagu terbaru mereka. Mereka dijangka akan diperkenalkan bersama single terbaru masing-masing pada tahun ini juga.


Biodata : 

EYLIA EYRE GUNTABID (EYLIA) 17 Tahun

Berasa dari Dusun. Penampang, Sabah

Sijil Pelajaran Malaysia

Artis Rakaman Dibawah Naungan Broadway Entertainment


Pencapaian Dalam Bidang Seni :

• Program TV Ceria Popstar – Separuh Akhir (2016)

• Bintang Remaja RTM Sabah – Juara (2017.)

• Youth International Folklore Festival Sabah – Penyanyi Lagu Tema (2017)

• Youth International Folklore Festival Sabah – Penyanyi Lagu Tema (2018.)

• Malaysia World Championship of Performing Arts (WCOPA) – Pingat Emas (2019).

• Malaysia World Championship of Performing Arts (WCOPA) – Persembahan Terbaik (2019)

• Sugandoi Keamaatan Peringkat Daerah – Juara (2019)

• Sugandoi Keamaatan Peringkat Daerah (KK) – Vokal Terbaik (2019)

• Sugandoi Keamaatan Peringkat Daerah (KK) – PersembahanTerbaik (2019)

• Sugandoi Keamaatan Peringkat Negeri – Naib Juara (2019)

• World Champion Of Performing Arts (WCOPA) - 4 Pingat Emas, 4 Plaque Emas dan 1 Pingat Perak (2019)

No comments:

Post a Comment