19 July, 2019

SATU JAM SAJA FATIN AFEEFA

FATIN AFEEFA MENGORAK LANGKAH DALAM BIDANG NYANYIAN DENGAN MENGHASILKAN SINGLE TERBARU BERTAJUK " SATU JAM SAJA".


Fatin Afeefa bukanlah lag; nama asing di dalam industri Hiburan Malaysia. Mula berlakon dari umur 8, Fatin Afeefa juga merupakan salah Seorang pelakon kanak kanak yang membintangl filem popular 'Tentang Bulan’ arahan Ahmad Idham. Setelah berehat seketika, Fatin Kembali  aktif di dalam bidang lakonan pada tahun 2016. Semenjak itu, beliau sudahpun membintagi beberapa naskah filem & drama. 


Fatin juga aktif 'Cover' lagu di dalam YouTube beliau dan oleh kerana videovideo cover beliau mendapat sambutan positif, Fatin telah mendapat tawaran dari syarikat rakaman XENO Music untuk menjadi artis rakaman di bawah mereka. 


Selepas berkerja hampir setahun untuk menyiapkan lagu, Fatin kini sedia mengeluarkan lagu pertama beliau Bersama XENO Music, yang juga merupakan syarikat rakaman kepada penyanyi & pelakon popular Ayda Jebat. 


Lagu Satu Jam Saja merupakan sebuah karya Yeshua Abraham yang juga merupakan Juara rancangan realiti T Just Duet dari NET TV Indonesia dan lagu tersebut digubah oleh syarikat produksi AMP Music. 

Lagu Satu Jam Saja akan berada di Semua platform streaming popular pada 19 Julai 2019 & Video Klip juga akan dikeluarkan pada malam 19Ju|ai di YouTube Fatin Afeefa. 

Lagu Satu Jam Saja diedarkan oleh SONY Music Entertainment Malaysia.

No comments:

Post a Comment

MAHATHIR THE JOURNEY