24 July, 2019

GEGARAN KONSERT EXISTS REUNION

24 Julai 2019, Kuala Lumpur. Seperti  judul dalam album "Diammu Gunung Berapi", kesemua anggota Exists kini sibuk dan tekun dalam sessi latihan bagi sedia untuk  memuntahkan lahar gunung berapi dalam diri mereka pada Konsert Exists Reunion yang bakal diadakan tidak lama lagi. 

Satu siri konsert yang sekian lama dinantikan oleh seluruh peminat peminat Exists. Maka hari ini Shiraz Projects dengan berbesar hati mengumumkan bahawa Exists akan memuaskan adrenalin semua peminat mereka dengan bukan satu, tetapi dua siri konsert reunion mereka di atas jenama "Konsert Exists Reunion".



Apabila meletakkan label ianya sebagai reunion, ini bermaksud kumpulan yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991 ini bakal tampil lengkap bersama ahli kumpulan Exists asalnya dalam konsert yang Shiraz Projects bawakan. 


Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan kesemua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad. 


Menurut  Pengarah Shiraz Projects En. Shirazdeen Karim "Adalah penting bagi pihak kami untuk mengumpulkan, serta mendapatkan persetujuan sekaligus merealisasikan Konsert Exists Reunion ini bersama semua anggota asal band ini kerana tanpa formasi Exists yang lengkap maka projek ini boleh saya katakan tidak akan berjaya dan menemui objektif sebenar.

"setelah sesi pertemuan dan mencapai kata sepakat dengan satu visi yang sama. maka Konsert Exists Reunion akan segera direalisasikan dan yang pentingnya ia adalah kewujudan semula Exists yang pernah menjadl fenomena dl tahun 90an dan  kali ini bakal menghidupkan nostalgia kembali di akhir tahun 2019.“



Konsert yang di jadualkan ini bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 28hb September 2019. Konsert Reunion Exists turut menjanjikan sebuah nostalgia yang tidak mungkin didapati dalam persembahan persembahan Exists sebelumnya. 

Selain itu ia juga merupakan gabungan pertama kali seluruh anggota asal Exists, mereka juga akan mempersembahkan katalog lagu dengan dinyanyikan oleh penyanyi asal yang pernah membawa hama band ini harum sehingga ke Indonesia. 

Antara rangkaian lagu lagu  hit seperti lagu Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara atau Untukmu Ibu yang memperkenalkan Exists dengan Mamat pada waktu itu masih berusia 13 tahun dan vokal 'belum pecahnya' akan disampaikan pula kali ini dalam persembahan Mamat di usianya 30 tahun. Manakala Ezad yang menyertai Exists menggantikan Mamat di tahun 1996 menyambung legasi sukses Exists dengan album Diammu Gunung Berapi yang mengandungi banyak hit serta lagu lagu di album keempat (Jangan Gentar) dan seleksi di album Ada sehingga Paragon akan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang konsert yang bakal berlangsung kelak. 

Mengusung konsep sama, Exists akan menyapa peminat mereka di Singapura pada 5 Oktober 2019 di Mes Theatre at Media Corp, Singapore. 

Dan jangan gusar, biar ia adalah sebuah reunion pertama kali yang dilaksanakan setelah 28 tahun pembabitan mereka di belantika muzik Nusantara, harga tiket yang ditawarkan cukup berbaloi. 

Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga RM 700, RM360, RM260, RM160, RM130 untuk peminat melakar sejarah bersama mereka. 

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asla untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman sosial Exists dan Shiraz Projects. 

Sekali lagi, jangan lepaskan momen dan lakaran sejarah yang bakal tercipta kelak dengan tandakan kalender anda dengan dua fakta konsert seperti di bawah ini. 

KONSERT EXISTS REUNION yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd. 

KONSERT EXISTS REUNION KUALA LUMPUR: Tarikh : 28 September 2019 Venue : Stadium Malawati, Shah Alam Laman Web: www.shirazprojects.com 

harrga tiket: RM700 (Meet & Greet) RM360 (Diamond) RM260 (Exist Zone -Free Standing) RM160 (Platinum) RM 130 (Silver) Tiket : www.mgicketasia COntact : 0386050195 info Hotline : 0122560082

No comments:

Post a Comment