05 May, 2019

AS LEGACY OLEH ALIFF SYUKRI



Berpegang kepada moto 'Kejayaan Tanpa Batasan' jenama AS Legacy yang diasaskan oleh pasangan jutawan kosmetik No. 1 di Malaysia, Dato Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida sekali lagi mengorak langkah apabila mengeluarkan sendiri koleksi fesyen di bawah jenama yang sama.



Berkonsepkan indahnya raya, koleksi fesyen terbaru daripada AS Legacy dihasilkan mengikut trend semasa dan kehendak pasaran dengan kualiti tinggi tetapi dijual pada harga mampu milik. Koleksi Satin Amelia dihasilkan dengan konsep flora dan abstrak, penuh warna warni dengan kelembutan fabrik yang dikomposisikan khas untuk jenama AS Legacy, lengkap dengan bungkusan kotak istimewa sudah pastinya akan memikat pembeli dengan harga RM100.00 untuk 2 helai.

Bukan itu sahaja, buat julung kalinya AS Legacy mengeluarkan koleksi Bawal Swarovski buat gadis jelita yang inginkan kesederhanaan tetapi tampak mewah dengan kilauan Batu Swarovski. Pilihan warna gelap dan pastel sudah semestinya sesuai untuk digayakan ketika lebaran ini, dengan harga RM99.00 sehelai beserta bungkusan istimewa menjadikan koleksi Bawal Swarovski ini satu pilihan yang tepat.



Cantik berseri di hari raya, indah lagi jika menggayakan Telekung Nurshahida di pagi syawal. Rekaan ekslusif daripada Datin Seri NurShahida ini anggun dipakai dengan 3 pilihan warna renda yang direka khas oleh Dato Seri Aliff Syukri sendiri. Istimewanya Telekung Nurshahida ini, bentuk mukanya yang selesa amat mudah dipakai, material 'Japanese Cotton' yang lembut, sejuk dan selesa serta didatangkan dengan beg berenda, dijual pada harga RM129.00 satu set. 


Merubah persepsi masyarakat daripada hanya menjual jamu dan kosmetik, AS Legacy bukan sahaja menghasilkan koleksi fesyen wanita tetapi kali ini AS Legacy tampil dengan koleksi lelaki iaitu Kurta Aliff dan Kain Pelikat Syukri yang mudah digayakan di pagi raya. Kurta Aliff digayakan sedondon bersama si cilik, material "Cotton Silk" yang selesa dan sejuk dijual pada harga RM69.00 - RM 99.00 sehelai. Buat jejaka tampan yang gemarkan gaya yang simple dan mudah, Kain Pelita Syukri amat mudah digayakan, rekaan instant berpoket ini bakal menjadi pilihan lelaki bukan sahaja yang muda, malah yang berumur dijual dengan harga RM 120.00 sehelai.





DUTA PRODUK
Datuk Jalaluddin Hassan, Erra Fazira , Wany Hasrita dan Zarina Zainuddin

bersandarkan kepada pasaran yang luas dan permintaan yang tinggi, AS Legacy bukan sahaja mahu dikenali sebagai syarikat penjual kosmetik dan fesyen semata-mata, tetapi ingin dikenali sebagai jenama yang menjual pelbagai jenis keperluan di bawah satu bumbung yang sama. Maka dengan itu terhasil lah AS Beauty, AS Health, AS Kitchen dan ASL Cosmetics yang menjual pelbagai produk bagi memenuhi pasaran semasa. Produk sulung keempat-empat jenama di bawah AS Legacy ini bakal dikeluarkan pada bulan ini menampilkan duta-duta ternama seperti Dato Jalaludin Hassan, Zarina Zainuddin, Erra Fazira dan juga Wany Hasrita

Reflexology Magic Slipper di bawah AS health membantu melegakan kaki pengguna dengan rekaan batu sungai asli sangat sesuai untuk keguaan seharian dirumah. Rekabentuk baru hasil ilham Dato Seri Aliff Syukri ini dijual pada harga RM120.00 sepasang. 


AS Kitchen menampilkan Non-Stick Marble Soup Pot pelbagai saiz (RM130 - RM499), Aluminium Non-Stick Frying Pan pelbagai size (RM99 - RM 399) dan juga Magic Lunch Box pelbagai jenis 9rm45 - RM79) yang sudah pastinya akan menggembirakan hati mereka yang memasak.


Produk sulung AS Beauty pula dihasilkan dengan tujuan memudahkan urusan seharian tanpa perlu bergegas ke spa kecantikan. Magic Face 4 in 1 Beauty Massage Device membersih wajah secara semulajadi, melicinkan permukaan kulit dan pengguna akan merasai urutan professional dengan hanya RM125.00 sahaja. 


ASL Cosmetics sudah semestinya jenama yang ditunggu-tunggu oleh semua pengguna apabila menampilkan Erra Fazira dan Wany Hasrita sebagai duta bakal berada di pasaran pada bulan Jun nanti. Merangkumi 15 jenis produk kosmetik yang direka dan diformulasikan sendiri oleh Dato Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nurshahida sudah semestinya akan menjadi pilihan pengguna. Bakal dijual denngan harga mampu milik tetapi kualiti setaraf produk antarabangsa, ASL Cosmetics menjanjikan kelainan dan sudah semestinya akan melonjakkan imej AS Legacy sebagai produk online No. 1 di Malaysia yang bertaraf antarabangsa. 





Kejayaan AS Legacy menembusi pasaran Indonesia, Australia, Brunei dan Singapore tidak dapat disangkal lagi. Kehebatan Dato Seri Aliff Syukri menghasilkan jutawan muda seawal umur 23 tahun dalam masa 4 bulan sahaja, mendidik peniaga online dengan pendapatan puluhan ribu seawal umur 31 tahun bukan lagi omongan kosong. 

Diharapkan "KEJAYAAN TANPA BATASAN" ini akan membuka peluang perniagaan yang lebih luas, menjana pendapatan yang tidak pernah disangka-sangka dan paling penting berkongsi rezeki kejayaan dan rezeki bersama sama

No comments:

Post a Comment