10 January, 2019

ADI PRIYO - AKU CINTA MATI

10hb Januari 2019 MASK Team Music menampilkan vokalis kumpulan Sixth Sense, Adi Priyo yang kini muncul dengan projek solonya menerusi single terbaru bertajuk 'Aku Cinta Matl'. Majlis pelancaran video muzik dan karaoke 'Aku Cinta Mati' bersama rakan Media yang diadakan di Red Box Karaoke The Gardens. 

MAESTRO MEDIA MY - ADI PRIYO - AKU CINTA MATI


'Aku Cinta Mati' mengisahkan tentang seorang insan yang mengabdikan diri kepada Kekasihnya. Lirik puitis lagu ini membiarkan pendengar menginterpretasi akan keagungan cinta abadi dan pengorbanan besar seorang insan di atas nama cinta. Lagu terbaru Adi Priyo ini mendapat sentuhan sepenuhnya daripada Garuda sebagai komposer dan penulis lirik. 

MAESTRO MEDIA MY - ADI PRIYO - AKU CINTA MATI

MAESTRO MEDIA MY - ADI PRIYO - AKU CINTA MATI

MAESTRO MEDIA MY - ADI PRIYO - AKU CINTA MATI

penggambaran muzik video 'Aku Cinta Mati' ini telah dilakukan di sekitar bandar Jugra, Klang. Muzik video yang berdurasi 3 minit dan 52 saat ini mengisahkan tentang perjalanan seorang Insan dalam mencari 'Cinta sejatl' dan berserah sepenuhnya kepada takdir dan ketentuan. 



MAESTRO MEDIA MY - ADI PRIYO - AKU CINTA MATI

'Aku Cinta Mati’ telah dilancarkan di semua platform digital dan boleh dimuat turun melalui iTunes, spotify dan Joox. Versi karaoke 'Aku Cinta Mati' juga boleh didapati di semua cawangan Red Box, Green Box & Red Box PLUS di seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

MAHATHIR THE JOURNEY