24 December, 2018

DUO LAGENDA JAMAL ABDILLAH DAN M NASIR

KONSERT DUO LAGENDA
menampilkan
DATO M NASIR & DATO JAMAL ABDILLAH



Konsert Duo Lagenda Dato Jamal Abdillah dan Dato M Nasir telah berlangsung pada 20hb Dec sehingga 23hb Dec bertempat di Istana Budaya. Selama 3 hari konsert ini diadakan menyaksikan penjualan tiket yang memberansangkan. 

Kehebatan kedua lagenda ini di atas 1 pentas amat menghiburkan dengan nyanyian serta lawak jenaka dari mereka. 

Penampilan istimewa daripada Tun Dr. Siti Hasmah dengan petikan Violin nya. 

Rata rata penonton yang hadir amat berpuas hati dapat menyaksikan kehebatan kedua penyanyi lagenda ini menyampaikan lagu lagu hits mereka serta lagu lagu yang jarang jarang kita dengar.






PENAMPILAN ISTIMEWA 

TUN DR. SITI HASMAH


Gambar dan video oleh Cipot Redz

Turut bersama menjayakan konsert duo lagenda ini adalah anak kepada Dato Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani & Cassidy Anderson. Osama bernyanyi dan juga bermain gitar bersama Dato Jamal rangkaian lagu lagu daripada album jamal manakala Cassidy turut berduet dengan kedua lagenda Dato M Nasir dan Dato Jamal.





Antara lagu lagu yang disampaikan oleh Duo Lagenda ini seperti Cinta dan Tangis , Bicara Cinta, Aku Penghibur, Keroncong untuk Ana, Mustika dan banyak lagi. Dato M Nasir dan Dato Jamal Abdillah turut berduet bersama menyampaikan lagu Kiambang, Malam, Kepada Mu Kekasih, Mentera Semerah Padi dan Ghazal Untuk Rabiah.







#maestromediamy #duolagenda #jamalabdillah #mnasir #istanabudaya

No comments:

Post a Comment

KOTEX EDISI TERHAD BATIK