03 December, 2018

CHUCK CHICKEN JUNIOR WARRIORS

KUALA LUMPUR, 4 Disember 2018 - Sambill Park (M) Sdn. Bhd. telah mengumumkan penganjuran pertandingan Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur. Edisi kedua ini akan dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, En. Zainal bin Abas mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching dimana pertandingan ini diilhamkan oleh siri animasi yang terkenal seperti yang dapat ditonton di saluran Disney XD Asia dan NEXFLIX. Pertandingan Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 ini merangkumi siri halangan sejauh 300 meter direka khas untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, yang akan dibina di Vanity Atrium di Sunway Velocity Mall. 


Dengan matlamat utama untuk mendidik anak muda tentang kemahiran mental dan fizikal, para peserta dapat melatih kebolehan dan membangunkan keyakinan diri mereka. Siri Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 akan dijalankan di 5 buah sekolah di Lembah Klang untuk pusingan kelayakan, diikuti dengan pusingan separuh akhir dan peringkat akhir yang akan diadakan di Sunway Velocity Mall.





Pengarah Urusan Sambill Park (M) Sdn Bhd dan Penganjur Utama Chuck Chicken Junior Warriors 2.0, Encik Daniel Wong berkata, "Pengikut setia Pertandingan Chuck Chicken perlu menyelesaikan beberapa cabaran mental sebelum melepasi ujian fizikal. Persaingan Chuck Chicken seperti yang dapat ditonton di saluran Disney XD Asia dan NETFLIX dapat menggalakkan kanak-kanak sama ada dari sekolah awam atau swasta untuk berfikir secara kritis dan mengembangkan kemahiran mental mereka dalam masa yang singkat. "


"Kami amat berbangga kerana Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Teo Nie Ching telah memilih untuk menyokong dan merasmikan pertandingan ini. Kami yakin bahawa lebih ramai kanak-kanak akan dapat dididik melalui pengalaman istimewa ini berbanding edisi pertama. "Tambah beliau. 

Edisi Kedua Chuck Chicken Junior Warriors juga mempunyai perancangan untuk membawa cabaran ke semua sekolah di Lembah Klang dan mencari Juara Kebangsaan seterusnya menembusi pasaran Asia Tenggara. Dalam tempoh dua tahun akan datang, sekurang-kurangnya 5 negara akan terlibat dalam siri pertandingan ini dan para peserta akan dibawa ke Malaysia untuk bersaing di Pusingan Akhir selaras dengan strategi untuk mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. 

Siri animasi Chuck Chicken telah memberi impak yang luar biasa dalam industri dengan menjana jumlah penonton lebih daripada 11 juta, dicalonkan sebagai Animasi 2D Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-21 dengan liputan lebih dari 20,000 di media sosial, 180,000 pelanggan setia Youtube, 50 juta tinjauan keseluruhan di Youtube dan ditonton lebih 2 bilion kali di platfom digital China sahaja. Edisi ke-2 pertandigan ini pada 2019 telah menarik beberapa rakan kongsi utama termasuk Animasia Studio, Tenby International School Principle, Seri Bintang Utara Principle dan Sunway Velocity Mall. Ia juga disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Dengan rekod penyertaan lebih daripada 600 peserta kanak-kanak untuk siri sebelumnya, Chuck Chicken Junior Warrior 2.0 telah diumumkan secara rasmi dengan kehadiran rakan-rakan kongsi termasuk Encik Danny Lee, Pengurus Sunway Velocity Mall, En. Hazizul Hakim dari Singapore’s Brilliant Sports Solutions dan Encik Raye Lee, Pengarah Animasia Studio.







Mengenai Sambill Park (M) Sdn. Bhd. (www.DJ-Events.com) 
Sambill Park (M) Sdn. Bhd. Adalah sebuah syarikat hiburan yang ditubuhkan yang khusus dalam penyewaan peralatan taman tema mudah alih. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun, Sambill Park (M) Sdn. Bhd. telah mempunyai reputasi yang tiada tandingan bagi perkhidmatan berkualiti. Sambil Park amat menitik beratkan kecemerlangan dan kecekapan servis kepada pelanggan mereka. Untuk bersaing dengan pasaran yang semakin kompetitif, mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan sesuai dengan kemudahan pelanggan. 


Mengenai Animasia Studio 
Animasia Studio, satu syarikat penyelesaian pengeluaran kandungan digital merangkumi keseluruhan proses pengeluaran dan menawarkan animasi kreatif melalui idea-idea yang dipenuhi warna-warni. Animasia Studio amat berbangga menjadi salah satu syarikat animasi bersertifikat ISO (ISO 9001: 2008) yang pertama di Asia serta menjadi syarikat berstatus MSC Malaysia dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang animasi. Ditubuhkan pada tahun 2005, Animasia Studio masih menjadi salah satu pembekal perkhidmatan animasi terbesar di Malaysia dan telah membuka peluang kepada berbakat di belakangnya untuk diiktiraf di peringkat antarabangsa dan global. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.animasia-studio.com 


Mengenai Chuck Chicken 
Pengembaraan di pulau Rocky Perch yang dipenuhi dengan beberapa burung paling buas yang selalu melakukan kekacauan di kawasan habitat mereka. Tetapi bersedia untuk mempertahankan Rocky Perch adalah Golden Egg Securities! Pertahanan nombor satu di pulau itu, diketuai oleh Chuck Chicken dan dua rakan karibnya Flick dan Wing. Raksasa yang menghancurkan? Sedia. Sekumpulan ninja berapi? Sedia. U.U.F.O (Objek Penerbangan Tak dikenali)? Sedia. Anda namakannya, apa sahaja halangan dan kejahatan, trio Sekuriti Telur Emas siap mengendalikannya dengan kung fu bravado yang tangkas. Terutamanya Chuck, yang telah mewarisi kuasa yang menakjubkan dalam bentuk telur emas, yang mengagumkan dan boleh mengubahnya menjadi Kungfu Chicken!



Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Areef Aiman
Eksekutif Komunikasi dan Pemasaran Digital di Global Creative Media Agency (GCMA)

E-mail: areef.aiman@gcma.tv
Ofis: 03 - 7733 4262 / HP: 019 – 200 4027

No comments:

Post a Comment

KOTEX EDISI TERHAD BATIK