20 December, 2018

AYDA JEBAT TEMBERANG

AYDA JEBAT KINI KEMBALI LAGI DENGAN SINGLE TERBARU BERTAJUK
TEMBERANG


Adya Jebat kini kembali menghangatkan industri Seni tanahair dengan single terbaru yang bertajuk TEMBERANG . Sebuah lagu yang mendapat kerjasama daripada penyanyi dan pencipta lagu hebat Hael Husaini dan Ezra Kong. Lagu yang berentak pop moden dengan sentuhan Ayda sendiri seperti dangdut dan timur tengah. Idea menyatukan kesemua rentak ini adalah hasil perbincangan antara Ayda , Hael dan Ezra dan hasilnya terciptalah lagu TEMBERANG.





Sebuah lagu yang sangat lama disiapkan bagi memastikan sebuah lagu yang bermutu dan berqualiti dapat dihasilkan selain Ayda yang begitu teliti dalam penghasilan TEMBERANG. Lagu yang mempunyai maksud tersendiri serta yang terjadi dalam kehidupan seharian. Di dalam lagu nilai kejujuran dan ketelusan dalam kehidupan diketengahkan.

Secara rasminya Musik Video TEMBERANG bakal berada di ruangan youtube channel Ayda Jebat pada 21hb Disember dan seterusnya ke semua platform digital muzik pada 28hb Disember.


Musik video TEMBERANG mengabungkan kekuatan warna, tarian dan idea moden dari konsep kpop seiring dengan musik video yang sebelum ini. Musik video ini juga adalah hasil tangan Ayda sendiri mengikut citarasanya. Sebuah musik video yang berkolaborasi dengan Hotlink, Mudah dan Gintel.







Lagu Temberang ini adalah sebuah produk XENO Entertainment yang juga dikenali sebagai Paranormal Records dan diedarkan oleh Sony Music Malaysia.

#maestromediamy #aydajebat #tembarang #haelhusaini #xenoentertainment #sonymusicmalaysia

No comments:

Post a Comment

KOTEX EDISI TERHAD BATIK