20 September, 2018

GEGAR VAGANZA MUSIM KE-5 KEMBALI LAGI


Program ‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ ialah sebuah pertandingan nyanyian menampilkan barisan penyanyi profesional yang mempunyai portfolio seni bukan calang-calang dan pernah mengecapi zaman kegemilangan di persada seni hiburan. 

Kembali mengusik emosi penonton dengan tagline ‘Masih Membara Rentaknya’, dan juga penganjuran edisi kelima atau ‘GV5’ menyuntik nafas baharu apabila buat julung kalinya turut membuka penyertaan kepada peserta duo dan berkumpulan sebagai kelainan. 


Raqim Ahmad, Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Astro berkata “Sejak penerbitan edisi pertama pada 2014 sehingga kini, ‘GV’ berjaya mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan penggiat seni tanah air sekaligus membawa impak yang besar terhadap perkembangan industri muzik tempatan.

Pengaruh jenama ‘GV’ terus kukuh sebagai platform utama yang berprestij untuk mengembalikan semula kegemilangan penyanyi ‘senior’ dan nostalgia ‘one-hit-wonder’ yang pernah menjadi kegilaan masyarakat di pentas komersial arus perdana.

Justeru, tidak hairan jika barisan peserta yang terpilih untuk bertanding di pentas ‘GV’ begitu bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan kembali kehebatan vokal dan persembahan mereka yang mungkin sudah lama tidak dipertontonkan demi memenangi hati juri dan juga penonton.

Selain nilai prestij yang ada pada ‘GV’, kami juga sedia maklum bahawa penganjuran program ini tidak pernah lekang daripada dihujani pelbagai kontroversi dan isu panas saban musim. Namun, kami menyambut positif perkara ini dan menjadikan ia sebagai perkara rutin yang perlu diuruskan dengan bijak kerana di sebalik setiap kontroversi yang melanda itu sebenarnya mampu menyuntik percikan warna indah yang berbeza-beza untuk setiap edisi yang dianjurkan.

Ia juga sebenarnya melatih kami untuk berfikir di luar kotak dengan pantas untuk mencari penyelesaian secara profesional tanpa menjejaskan keyakinan ramai pihak terutamanya barisan penaja dan peminat. Kami juga sentiasa berusaha mencari langkah bagi memperbaiki kekurangan yang ada untuk menerbitkan edisi yang lebih berkualiti pada masa akan datang.”

Nabil Ahmad dan Jihan Musa tetap dikekalkan sebgai pengacara GV. Keserasian mereka dalam mengendalikan pentas GV memang sangat hebat dan menghidupkan suasana. 


Masih mengekalkan 2 orang juri tetap yang cukup hebat Dato Khadijah Ibrahim dan Dato Ramli MS dan semestinya setiap minggu bakal ada juri jemputan.



Seramai 12 peserta yang terdiri daripada tujuh peserta solo, dua peserta berkumpulan dan seorang peserta duo yang bakal berentap untuk merebut kejuaraan musim ini.

Billy Zulkarnain, Elite, Forteen, Zamani, Shafie Rio, Hetty Sarlene, Noryn Aziz, Safura, Amelina, Dia Fadila, Farawahida dan Maya



‘GV5’ juga masih mengekalkan format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.















Sebelum ini, penyanyi Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3) dan Aishah (GV4) juga pernah dinobatkan sebagai juara ‘GV’ untuk musim-musim yang terdahulu.

No comments:

Post a Comment

KOTEX EDISI TERHAD BATIK