10 July, 2018

SUPER SPONTAN 'XTRAVAGANZA' KEMBALI LAGI

Super Spontan Xtravaganza

Sebuah program realiti permainan lawak secara spontan kembali menemui penonton pada musim terbaru ini dengan edisi  yang istimewa iaitu ‘Super Spontan Xtravaganza’. 


Musim terbaharu ini bakal menyaksikan gandingan pelawak popular tanah air bersama barisan pelakon dan penyanyi terkenal serta selebriti media sosial dan yang Istimewanya, edisi kali ini menyaksikan dua orang awam yang dipilih menerusi program ‘Spontan Tepi Jalan’ akan dibawa ke gelanggang akhir Super Spontan Xtravaganza sebagai peserta untuk bermain bersama barisan finalis. 



Selain itu, uniknya ‘Super Spontan Xtravaganza’ ini, setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Dato’ Afdlin Shauki dan Adibah Noor bersama seorang juri jemputan pada setiap akhir permainan sebelum pemberian markah sebanyak 50% daripada barisan juri diberikan kepada mereka. Baki 50% pemarkahan pula akan ditentukan oleh penonton menerusi undian atas talian dan sistem pesanan ringkas. Kumpulan dengan jumlah markah tercorot pada minggu tersebut harus menyingkirkan seorang pemain daripada kumpulan mereka. 

Untuk musim ini bertemakan ‘tukang masak’, Super Spontan Xtravaganza membentuk dua buah kumpulan iaitu kumpulan ‘Sotong Kangkung’ yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan ‘Lobster Leleh’ yang mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

LOBSTER LELEH

Kumpulan ‘Lobster Leleh’ yang diketuai oleh Reza Zainal selaku Pengurus Kumpulan pula dianggotai oleh pelawak; Fad Bocey, Abam Bocey, Mamak Puteh dan Joey, pelakon; Anas Ridzuan dan Zara Zya, penyanyi; Tomok, serta selebriti media sosial; Jaa Suzuran.

SOTONG KANGKONG

Kumpulan ‘Sotong Kangkung’ yang diketuai oleh Rashid Salleh selaku Pengurus Kumpulan terdiri daripada pelawak; Achey, Shahrol Shiro, Nizam Jentik Jentik, Tauke Jambu dan Atu Zero, pelakon; Izzue Islam dan Siti Elizad serta selebriti media sosial; Modee.

Bagi memastikan kelancaran perjalanan permainan spontan yang dimainkan, selebriti serba boleh dan versatil yang cukup sinonim dengan program Super Spontan iaitu Dato’ AC Mizal, kekal sebagai ‘Pengacara Utama’ di samping Amir Raja Lawak yang akan bertindak selaku ‘Pengacara Bersama’.


HADIAH KEMENANGAN

Juara - RM100,000.00 dan sebuah trofi
Naib Juara - RM50,000.00 dan sebuah trofi
Tempat Ketiga - RM25,000.00 dan sebuah trofi
Tempat Keempat - RM5,000
Tempat Kelima - RM5,000
Tempat Keenam - RM5,000


‘Super Spontan Xtravaganza’ akan mula dipancarkan secara langsung pada setiap Jumaat mulai 20 Julai 2018, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 124). Manakala, ‘Spontan Tepi Jalan’ pula akan mula bersiaran setiap Jumaat mulai 20 Julai 2018, jam 9.30 malam di saluran yang sama. Kedua-dua program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.


No comments:

Post a Comment

KOTEX EDISI TERHAD BATIK