01 February, 2018

BCL ANUAR ZAIN & YUKA LIVE IN CONCERT

Bunga Citra Lestari (BCL) , Anuar Zain dan Yuka Kharisma akan bergandingan diatas satu pentas yang bakal diadakan pada 28hb April 2018 ini. Konsert yang akan berlangsung di dewan Planery, Kuala Lumpur Convention Centre.



BUNGA CITRA LESTARI , ANUAR ZAIN & YUKA KHARISMA LIVE IN CONCERT - maestro media my

BUNGA CITRA LESTARI , ANUAR ZAIN & YUKA KHARISMA LIVE IN CONCERT - maestro media my



Konsert yang dibawah penganjuran Kharisma Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama DTA Fashion Art Performance ini bakal menyediakan satu konsert berskala besar yang mana ianya adalah pertama kali bagi Bunga Citra Lestari dan Yuka di negara ini.


BUNGA CITRA LESTARI , ANUAR ZAIN & YUKA KHARISMA LIVE IN CONCERT - maestro media my

Yuka selaku penganjur bagi konsert ini yang juga merupakan pemilik Kharisma Entertainment Sdn Bhd menyatakan konsert ini selain dapat mengabungkan dengan 2 nama besar iaitu Bunga Citra Lestari dan Anuar Zain ia juga akan menjadi kekuatan kepada syarikatnya selaku penganjur untuk menjayakan konsert ini nanti.

Konsert yang dijangkakan berlangsung selama 2 setengah jam ini bakal memberikan kepuasan kepada peminat peminat mereka nanti. Bakal mendendangkan lagu lagu hit mereka dan semoga para peminat sekalian semuanya akan terhibur dengan persembahan mereka ini nanti.

BUNGA CITRA LESTARI , ANUAR ZAIN & YUKA KHARISMA LIVE IN CONCERT - maestro media my

Bunga Citra Lestari bakal membawa bersama pemuzik seramai 6 orang manakala bagi Anuar Zain dan Yuka akan diiringi oleh 8 orang pemuzik tempatan serta penyanyi latar dengan Sze Wan pula bertindak sebagai Pengarah Muzik.

BUNGA CITRA LESTARI , ANUAR ZAIN & YUKA KHARISMA LIVE IN CONCERT - maestro media myBUNGA CITRA LESTARI , ANUAR ZAIN & YUKA KHARISMA LIVE IN CONCERT - maestro media myBUNGA CITRA LESTARI , ANUAR ZAIN & YUKA KHARISMA LIVE IN CONCERT - maestro media my

Bagi peminat peminat yang tidak sabar menantikan konsert gabungan BCL , Anuar Zain dan Yuka, harga bagi tiket-tiket adalah RM2199 (Intimate), RM1599 (platinum), RM588 (diamond), RM488 (gold), RM388 (silver), RM288 (bronze) dan RM188 (regular). Apa yang menarik nya untuk pembeli tiket, mereka bukan sahaja dapat berhibur bersama penyanyi kesayangan mereka malah terdapat juga cabutan bertuah yang disediakan. Pembeli tiket bertuah juga akan memenangi sebuah iphone 8, Bukan satu tetapi lima cabutan bertuah untuk mereka. Dan juga satu hadiah utama yang bakal diterima oleh seorang pemilik tiket bertuah merupakan sebuah motosikal skuter.


Bagi pembeli tiket intimate pula mereka akan menerima jemputan ke pra parti, cenderahati barangan konsert, peluang bergambar bersama artis serta laluan VIP. Manakala pembeli tiket Platinum akan menerima jemputan ke pra parti, cenderahati barangan konsert dan laluan VIP.

Tiket konsert dijual mulai 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com.my. Tiket juga turut dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Untuk maklumat lanjut sila layari www.yuka.com.my



#maestromediamy #bclanuaryukaliveinconcert #bclanuaryuka #kharismaentertainmentsdnbhd

No comments:

Post a Comment

KOTEX EDISI TERHAD BATIK