24 January, 2020

TANDUS SKUAD PEMUSNAH

6 Kumpulan Bakal Beraksi Sempena Pelancaran album Tandus


Wirama muzik yang tiada bersempadan pastinya memberi warna yang lebih meriah terhadap industri hiburan tempatan. Apatah lagi apabila pelbagai genre muzik arus bawah tanah, dan apa yang pasti ianya satu penanda aras yang baik buat peminat serta penggiat muzik sedemikian. 


Sebanyak 6 buah kumpulan yang berpaksikan nuansa muzik masing-masing akan mempamerkan kehebatan di atas satu pentas. Tandus, Narsamum, Logam, Inhuman, Explicit dan Oxidicide adalah kumpulan yang akan memeriahkan showcase istimewa sempena kelahiran album terbaru Tandus yang berjudul “Skuad Pemusnah” yang akan di adakan pada 9 Febuari ini. 


Konsert anjuran Muzik Box Production akan bermula sekitar jam 7.30 malam dan akan berlangsung di Rockin Jamz Hall, Jalan Siera Perdana 4/1, Masai Johor Bahru ini pastinya akan meninggalkan momen indah buat peminat serta pemuzik itu sendiri. 

Wakil penganjur, Fadzil Puasa berkata, konsert ini pasti akan memberi pengalaman yang cukup manis. Selain pelancaran album terbaru Tandus yang berjudul “Skuad Pemusnah”, peminat yang hadir akan turut menikmati persembahan istimewa daripada anggota yang pernah membarisi Tandus. 


“Walaupun ia berlainan konsep, saya pasti setiap kumpulan mempunyai kelebihan mereka sendiri, selain itu setiap pembelian tiket peminat akan di hadiahkan sekeping CD” katanya. 


Peminat-peminat tegar muzik underdround pada lewat tahun 90an, pastinya masih ingat lagi dengan jentera yang bernuansakan old school thrash metal, Tandus yang telah melahirkan EP berjudul “Logam Maut” yang telah diriliskan oleh Muzik Box Production dengan kerjasama Ultra Hingax Production. 

“Konsert ini adalah hadiah daripada kami buat semua peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kami selama ini. Skuad Pemusnah seakan memberi nyawa untuk kami, meskipun kami baru sahaja selesai mengadakan persembahan bersama FTG baru-baru ini”, ujar Nasrulhadi selaku vokalis. 


Namun seperti resam kumpulan muzik yang lain, anggota kumpulan juga turut silih berganti kerana komitmen dan kehendak masing-masing. Api Tandus tidak akan pernah terpadam malah akan terus marak dengan kehadiran Bloodhungger (Acun) sebagai penyanyi utama ,One soul Killer ( wan) ,Ain Raptor (Ain), Night screamer (Atoi) dan seorang ahli baru bekas ahli kumpulan logam iaitu Am. 

“Jika sebelum ini, kami tampil dengan EP yang berbahasa Inggeris, Skuad Pemusnah pula hanya memperjuangkan lirik dalam bahasa melayu”, ujarnya lagi 

InHuman juga tidak harus diperlekehkan kewibawaan serta kehebatan mereka. Apa yang pasti mereka bukanlah sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan, malah jentera yang memperjuangkan wirama ekstrim metal ini telah ditubuhkan sekitar tahun 1991 serta pernah beraksi bersama jentera-jentera hebat di awal kemunculan mereka. 

Mereka pernah tampil dengan EP 'Awakened At World's End' 2015, kesinambungan serta sokongan yang tidak pernah putus menjadikan InHuman terus gemilang . Bakal tampil dengan album “BaraBesi” yang akan memuatkan 10 buah lagu. Album yang berpaksikan old school thrash/death metal. Jentera bawaan Fen Malique - Gitar/vocal, Ishan yusoff - Gitar, Zamri Salleh – Bass dan Shafie Ahmad – Drum pastinya bakal menyajikan persembahan yang cukup dramatik. 

Logam yang ditubuhkan pada tahun 1996 di Felda Bukit Waha, Kota Tinggi, Johor turut di beri ruang untuk beraksi bersama. Pernah tampil dengan demo "Metal Invaders 98", terlibat dalam kompilasi "A Remembrance Of Brain Dead" dan sebuah lagi kompilasi iaitu "Sengatan Selatan" . 

Pada tahun 2002, Logam mengeluarkan debut album berjudul "Maximum Power Overdrive" yang mengandungi 6 lagu dan 1 lagu bonus . Album kedua yang berjudul "The Murder Artist” telah diriliskan pada tahun 2012. Logam kini masih aktif bersama Swordist (gitar/vokal), Deanz (gitar), Lanloq (bass) dan Afad (drum). Mereka kini sedang menyiapkan rilisan terbaru yang bakal diriliskan tidak lama lagi. 

Narsamum bukanlah nama yang asing buat penggemar muzik underground tempatan. Band yang ditubuhkan pada tahun 1990 ini mengeluarkan demo pertama mereka yang berjudul ‘Blasphemy..Revenge..Reincarnation”. 

Dengan jolokan Dewa Death Metal Selatan, kewujudan Narsamum telah dihidu oleh pihak Muzik Box Production. Sebuah album mini yang berjudul “Dream Of Death” telah dihasilkan pada tahun 2000. Apa yang lebih membanggakan, Narsamum turut diberi peluang sebagai opening act untuk beraksi di konsert Napalm Death yang telah di adakan pada 1 April 2001. 

Narsamum juga turut terlibat dalam beberapa siri kompilasi yang telah diriliskan oleh label tempatan, antaranya adalah Panggilan Pulau Puaka 2 (Psychic Scream 1999), Sengatan Selatan (Muzik Box Production 2002), Metalik Klinik Asia (Rotorcops 2003) dan Tribute To Cromok (EMI 2007). Mereka juga bakal hadir dengan album terbaru berjudul “Black Dying Sun”. 

Selain Tandus, InHuman, Logam dan Narsamum anda juga boleh menyaksikan kehebatan kumpulan Explicit dan Oxidicide. Peminat boleh mendapatkan tiket masuk berharga RM35 (termasuk CD Tandus) di pintu masuk Rockin Jamz Hall. 

18 January, 2020

GO EAT DAN GO BIG

Go Eat merupakan sebuah aplikasi digital keluaran sulung oleh syarikat bumiputera Malaysia, Go Eat Sdn Bhd (1326623-X). Aplikasi ini mula dibangunkan pada pertengahan tahun 2019 dan diterajui oleh Dato’ Khairil Muzamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. 

Pada Sabtu, 18 Januari 2020, aplikasi ini telah siap 100% dan dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang bersama 200 tetamu jemputan dari seluruh negara.




Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Eat, aplikasi ini sememangnya merupakan satu ciptaan anak tempatan yang mampu memberi peluang pekerjaan serta membuka peluang perniagaan kepada masyarakat di seluruh Malaysia. Aplikasi ini dibuat juga bertujuan untuk meningkatkan kompetensi anak muda Malaysia untuk bersaing di peringkat global serta membawa nama Malaysia sejajar dengan kemajuan negara lain di mata dunia.








Aplikasi digital Go Eat ini merupakan aplikasi servis penghantaran makanan yang pertama dibangunkan oleh anak tempatan di Malaysia. Dibarisi oleh keseluruhan anak-anak tempatan yang menjadi tulang belakang pengurusannya, Go Eat tampil gah dengan warna tema Hitam dan Kuning melambangkan imej produk dan hasil tangan rakyat Malaysia. Aplikasi ini juga menyediakan ribuan peluang pekerjaan dalam sektor logistik, makanan dan minuman serta perniagaan dari rumah iaitu “home-cook”.


 








Aplikasi Go Eat boleh di muat-turun di kedua-dua platform iaitu Android Playstore dan IOS Appstore bermula 18 Januari 2020. Menggunakan pendekatan aplikasi mesra pengguna, Go Eat menyasarkan jumlah muat turun sehingga mencecah 1,000,000 pengguna dalam tempoh 6 bulan operasi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Eat itu sendiri, terdapat beberapa plan pembangunan aplikasi digital yang lain akan dibangunkan selepas ini dan ianya berkait rapat dengan Go Eat.

Hadir ke pasaran digital bersama slogan “Lets Go Eat”, aplikasi ini dilihat mampu mencabar kedudukan aplikasi digital yang sedia ada. Terima kasih kepada pihak media khususnya dalam memberi liputan dan ruang bicara yang positif terhadap Go Eat. Produk Malaysia untuk orang Malaysia. Selamat maju jaya, terima kasih.

15 January, 2020

ROCKAWAY 2020 LEBIH GEMPAK LEBIH BERTENAGA

BERAKSI DI 4 PENTAS SELAMA 2 HARI ROCKAWAY 2020 MEMPERSEMBAHKAN AKSI YANG LEBIH PADAT, GEMPAK DAN LEBIH BERTENAGA.


KUALA LUMPUR, 15 Januari 2020: Perayaan rock terbesar, Rockaway Fest 2020 dengan bangganya mengumumkan barisan lengkap festival tersebut dengan barisan nama-nama besar grup internasional, legenda dari tempatan serta barisan band-band baru yang sedang mencipta nama dan akan beraksi di pentas satelit nanti. Festival rock legenda ini telah mengetengahkan 51,000 para rockers, 92 artis, 11 persembahan, dan 5 festival sepanjang sepuluh tahun yang lalu. Festival muzik terbesar di Malaysia ini kembali dengan beberapa tambahan menarik dan akan berlangsung pada 14 hingga 15 Mac 2020 di kawasan letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil.


Grup heavy metal berasal Jepun, Crossfaith mendepani barisan awal yang diumumkan sebagai ‘headliners’ untuk festival ini. Kumpulan ini memang terkenal sebagai persembahan ‘live’ mereka yang bertenaga dengan gabungan progresif dan metal ekstrem. 


Grup rock berasal Amerika, Atreyu akan membuat persembahan bertenaga dengan gabungan vokal unik serta dentuman dram yang akan menghangatkan genre metalcore khas yang merupakan ‘signature’ mereka.


Grup superstar yang dianggap misterius dan membawakan metal bertenaga, Lacuna Coil juga akan muncul di pentas ini dengan membawakan lagu-lagu dari album kesembilan dan ‘terberat’ mereka hingga kini, "Black Anima". Band ini baru sahaja merayakan ulang tahun ke-25 mereka tahun lalu dan terus memperkembangkan muzik mereka, dengan barisan para peminat setia dan baru melalui lagu-lagu gothik rock. Uncured juga akan mempamerkan riff dan teknikal mereka yang brutal, dengan prestasi mereka yang bertenaga ke panggung di Rockaway Fest 2020.


Massacre Conspiracy dengan barisan enam ahli anggota akan membawakan kegilaan metal bersama-sama barisan grup bertenaga dan energetik yang lain. Band ini akan membawakan gabungan keunikan stail muzik namun dalam masa yang sama tetap mengekalkan ‘heavy metal’ terhadap para pecinta muzik mereka.

Juga tidak dilupakan karnival dua hari yang disediakan di Rockaway 2020 di:

Zon Gem-Park merupakan tambahan terbaru kepada Rockaway 2020 – Memberi peluang dan ruang kepada peniaga mengetengahkan produk-produk mereka kepada penggemar serta komuniti muzik rock yang hadir pada festival itu. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai pilihan makanan di gerai-gerai yang mengambil bahagian. Zon Gem-Park akan dibuka kepada orang ramai secara percuma selama dua hari.

Zon Rockaway Live - Akan bermula pada jam 2 petang pada 15 Mac 2020, dengan penampilan pemuzik tempatan, diikuti dengan persembahan oleh artis-artis luar negara yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Semenjak penganjurannya yang pertama pada 2009, Rockaway sentiasa mengutamakan barisan artis-artis rock tempatan.

Sebelum ini, fasa pertama 'line up' ini telah diumumkan bermula dengan band rock Australia, Hands Like Houses, yang bakal mengegarkan pentas utama buat pertama kali di Asia. Dengan penjualan rekod melebihi 150,000 di seluruh dunia, lebih 15 siri jelajah muzik di America Syarikat dan 10 jelajah di UK, lagu-lagu Hand Like Houses yang berakarkan post-hardcore dengan dipengaruhi oleh R&B telah menyuntikkan versi baru rock'n'roll untuk industri muzik.


Seterusnya bakal menampilkan persembahan daripada band yang tidak asing bagi peminat muzik tanah air. Hujan, bakal menghiburkan para peminat setia mereka dengan kompilasi lagu-lagu hit yang terdiri daripada koleksi album terdahulu dan juga album terbaharu mereka.

Band seterusnya ini, baharu sahaja menyambut ulang tahun ke-10 mereka. Pernah menjadi band pembuka untuk Death Cab For Cutie dan The Smashing Pumpkins, persembahan Kyoto Protocol juga tidak patut dilepaskan. Tidak ketinggalan, pentas utama akan digegarkan dengan persembahan rock gabungan gitaris lagenda yang pernah menyertai kumpulan Search dan Cromok, Hillary Ang bersama Mad August, AIM Chinese Award Winner, yang juga telah menyambut ulang tahun kelapan mereka pada tahun ini.


Masih utuh mencipta nama dalam industri muzik selama 40 tahun, Datuk M. Nasir adalah sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Datuk M. Nasir bakal menggamatkan lagi pentas dengan persembahan lagu-lagu popular beliau yang menjadi siulan ramai.

#ROCKAWAY2020 #WAWASANROCKAWAY Turut menggegarkan pentas kali ini adalah persembahan daripada kugiran Masdo yang menjadi ikutan masa kini oleh anak-anak muda dan juga Project E.A.R iaitu gabungan para pemuzik handalan dari rantau Asia Tenggara yang menjanjikan persembahan terhebat mereka untuk festival kali ini.


Bakal mempamerkan kekuatan muzik mereka, ‘superband’ Toko Kilat dan kumpulan XPDC yang meraikan ulangtahun ke-30 pasti memukau para peminat mereka dengan persembahan yang bertenaga.

Kemeriahan festival rock terbesar Malaysia ini tidak hanya terhenti di sini, lebih banyak lagi persembahan daripada nama-nama besar termasuk artis antarabangsa akan di umumkan menjelang festival pada tahun 2020.

14 January, 2020

REALME MELANCARKAN TALIPON PINTAR TERBARU REALME 5i DAN BUDS AIR

PEMBUKA TIRAI 2020 , TERKINI REALME MENAWARKAN 2 PILIHAN BUAT PEMINAT ESTETIK DAN MUZIK.

PETALING JAYA, 14 Januari 2020 - realme Malaysia sebagai salah satu jenama yang semakin pesat berkembang waktu ini telah mengakhiri tanda tanya peminat realme seluruh negara dengan melancarkan dua produk yang amat dinantikan iaitu produk audio realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i sebagai ahli baharu keluarga siri kelima (5) realme. Selain pelancaran pengenalan bagi tahun ini, realme Buds Air juga merupakan produk IoT pertama realme.



Menurut Tiffany Teh seIaku Pengurus Jenama realme Malaysia, ”Tahun lepas merupakan tahun yang menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa produk satu (1) lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. Hari ini, kami akan memulakan tahun 2020 dengan satu (1) Iagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air. Tidak lupa juga, realme 5i dengan yang dikenali sebagai produk Quad Kamera Raja Bateri. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya tersendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri.”







realme 5i - Quad Camera Battery Hero:

Model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.06Hz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm Al Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya. la dilengkapl dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari.










realme 5i juga dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga (3) kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. Bagi ciri kamera, la tersedia dengan quad kamera ultra lebar 119 ‘ lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang Iebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak.

Bagi nilai estetik, realme 5i mempunyai reka bentuk Matahari dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkemuka di industri. realme 5i boleh didapati pada dua (2) warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.



realme Buds Air - True Wireless, Smart Assistant:

Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan.



Dengan transmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Ini sudah pasti bakal menjadi buah mulut dan idaman setiap peminat mobile gaming tegar.




realme Buds Air juga dilengkapl dua (2) mlkrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang. Semasa pengguna membuat panggilan contohnya, suara anda akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. Manakala bagi pengecasan penuh melalul kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam. Dari segi reka bentuk, realme Buds Alr mempunyal bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga anda.







Produk realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hldup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperu cuaca.



Maklumat Jualan Produk:
VERSI | WARNA | TARIKH JUALAN

realme Buds Air | Putih | Jualan online pertama Shopee: 21 Januari 2020 bermula 12AM http://bit.ly/shopeetws

realme 5i | Aqua Blue, Forest Green | Jualan online pertama Lazada: 28 Januari 2020 bermula 12AM http://bit.ly/lzdr5i

Jualan offline pertama: 18 Januari 2020

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut realme Malaysia.
 



#QuadCameraBatteryHero #realWireless #realme5i #realmeAirBuds #realmeMalaysia

Mengenal realme:

realme adalah sebuah jenama teknologi yang khusus dalam menyediakan telefon pintar berkualiti tinggi seiring dengan pegangan ’Dare to Leap’. Jenama ini secara rasmi telah dilancarkan pada 4 Mei 2018 oleh pengasas Sky Li, bersama sekumpulan anak muda yang berpengalaman dalam industri telefon pintar. realme juga komited dalam menawarkan prestasi berkuasa bagi setiap model yang dibangunkan, selain berani menawarkan reka bentuk bergaya, perkhidmatan yang tulus dan penerokaan berterusan bagi inovasi telefon pintar. 

Terbaharu, jenama realme telah dinobatkan sebagai salah satu (1) jenama Global TOP 7 Smartphones bagi suku ketiga (Q3) tahun 2019 dengan pengguna berdaftar mencapai 17 juta dalam tempoh hanya setahun, menjadikannya jenama paling pesat berkembang. 

Selain itu, realme telah berkembang secara global ke lebih 20 buah negara seperti China, India, Asia Tenggara, Eropah, Rusia, Pakistan dan Afrika termasuk Mesir.

#realAIoT #realWireless #MYrealmeBudsAir #realmeMalaysia @realmemalaysia

TANDUS SKUAD PEMUSNAH